Exabytes beginner

Saturday, May 31, 2014

Wajib memberi peringatan

Saturday, May 10, 2014

Gulai ayam kelantan

Sayo ore kelate...dan di mana saya berada pun saya masih adore makanan kelantan. Walaupun selepas 20 tahun di pulau pinang once a while i still crave for kelantan delicacies.
Hari ini tiba tiba saya terasa nak makan gulai ayam kelantan. Di kelantan jarang jumpa kari ayam macam di penang. Yang selalu kita jumpa pagi pagi dimakan bersama nasi sebagai nasi belauk ialah gulai lengkuas ayam. Saya kongsi  cara saya memasak gulai ayam yg mabeles ni. Sebenarnya ada beberapa versi ..sepatutnya menggunakan rempah gulai darat kelantan tapi takde stok so saya gunakan rempah kari ayam adabi je...ada versi yg masukkan budu menggantikan belacan.


Rempah 3 sekawan : kayu manis , bunga cengkih dan bunga lawang.
Boleh tambah buah pelaga juga.
Bawang putih dan bawang merah yang dimayang


Bahan kisar:

Bawang besar
Bawang putih
Cili kering
Lengkuas
Halia 
Kunyit hidup
Serbuk kari adabi
Belacan

Santan, asam keping,garam, gula melaka.

dan ayam


Caranya 
Tumis rempah 3 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Apabila rempah masak,masukkan ayam dan tambah air. Rebua hingga ayam empuk. Perisakan dengan garam gula melaka dan asam keping. Masukkan santan dan biarkan mereneh selama 10 minit. Sedia untuk dihidang. Hidang bersama nasi putih dan sambal cuka.


Sambal cuka
Cili api merah, bawang merah, cuka , garam dan gula
Rendam cili api dan bawang bersama cuka lebih kurang 20 minit. Toskan tumbuk bersama garam dan gula.


Selamat mencuba....

Umrah dan haji jemputan Allah

Sedikit perkongsian daripada kursus umrah oleh ustaz Hasnol yang diadakan di Andalusia Tours and Travel Seberang Jaya