Exabytes beginner

Monday, October 27, 2014

Semalam di The Regency Resot Gunung Jerai

Setiap kali balik berjalan mesti ada perasaan nak tulis blog and share tapi setiapkali tu la tangguh tangguh hingga akhirnya tak jadi jadi.. hmm very typical of me.. susah nak buang betul habit bertangguh ni.

Hingga pagi tadi radio IKIM keluarkan gambar ni. Perghhh... terasa hingga ke sum sum tulang ... memang ego rupanya  orang yang suka bertangguh ni... tidak... aku tidak mahu menjadi manusia yang ego. Banyak sangat dan benda yang ditangguh dalam hidup ini. Nak tangguh sampai bila ?? Sampai satu hari malaikat Izrail datang mengetuk pintu ke? dah la umur pun dah nak senja dah.... hehe

Jadi dengan berat tulangnya saya akan share pengalaman semalalam di gunung jerai yang saya rasa best jugakla. Manala tahu ada yang nak bersama bersejuk sejuk di puncak Jerai juga.

Last sekali pergi gunung jerai 12 tahun yang lalu. Masa tu anak baru sorang dan  anak sulung baru setahun lebih. Baru dapat kaki orang kata. penat jugaklah berkejar kejaran dengan dia dibukit bukau tu.Masa tu yang ada hanya jerai resort je. Sejuk tetap sama je dengan sekarang . Pagi pagi berkabus juga. So masa tu memang relax je la kat sana. Aktiviti sekadar sight seing dan mengejar anak je la.

So this year setelah 12 tahun tiba-tiba rasa nak kesana lagi. Bukannya jauh pun about 1 jam perjalanan je dari rumah kami di seberang jaya. Encik suami pakai www.booking.com untuk book stay kat sini. Susah nak dapat bilik. kami book sebulan lebih awal baru dapat. Jadi pada 25 oktober 2014 berangkatlah kami sekeluarga ke gunung jerai( cheee..macam jauh je bunyinya kan). Ni gambar sebaik saja sampai. Lepas encik suami parking kereta anak-anak bininya sibuk suruh ambik gambar.

Lepas check in kami ke bilik. Yang bestnya bilik kami hujung betul betul depan swimming pool dan playground. Depan bilik tu jugak ada pelantar untuk  tengok pemandangan hutan dan matahari terbenam. "Hmm... bolehla lepak lepak bermalas malas kat bilik masa anak anak main kat playground atau mandi kolam.." Angan-angan saya yang akhirnya  telah tinggal angan-angan sebab anak anak nak mandi ke ..nak main ke tetap nak seret mama ikut sama...anak yang sulung pulak dan besar kan... nak jiwang-jiwang jalan sorang-sorang...apa barang kalau kena jaga adik kat playground.

Depan bilik swimming pool. Satu yang dalamnya dalam 1.2 meter. satu lagi untuk budak-budak kecik. Yang lecehnya tinggal adiknya yang kecik sorang saja mandi kat kolam kecik yang lain pandang pun tak ingin kolam cetek itu. Jadi terpaksala mamanya melepak tepi kolam cetek ni saja. Airnya mak aiii..memang sejuk gedik .. disarankan mandi selepas zohor sebab masa tu dah panas sikit. Kalau mandi pagi masa kolam mula-mula buka pukul 10 pagi  tu memang sangat sejuk. Dengan angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa dari lembah di bawah sana....

Lepas mandi kami jalan jalan tengok pemndangan. Memang cantik pemandangan dari puncak jerai ni. dari atas sini baru kita sedar sebenarnya negeri kedah ni masih kaya dengan sawah padinya yang saujana mata memandang. Sebenarnya gambar kamera encik suami lagi best tapi kamera saya yang ni je la yang ada. Jadilah ye...Teringat pulak perbualan dengan adik saya. dia kata sekarang ni orang dah mula nampak balik prospek padi. Kalau dulu sibuk menukar tanah bendang menjadi projek perumahan sekarang ramai taikoon yang pajak tanah bendang yang terbiar untuk ditanam kembali dengan padi. Bawah ni pula pemandangan sekitar resort. Bromeliads everywhere...

Alhamdulillah, masa kat sini juga lepas maghrib saya telah khatam bacaan Al-Quran saya bersama terjemahan yang telah saya mulakan setahun setengah yang lalu. Memang lama betul nak habiskan bacaan dengan terjemahan ni berbanding dengan bacaan Quran sahaja.. bagi saya la. Selepas maghrib, tinggal saya dan anakk-anak di bilik, suami ke surau resort, Sedang saya mulakan semula bacaan saya dari surah Al Baqarah kembali..(kena kick start cepat-cepat sebaik sahaja habis takut didatangi penyakit M),  anak-anak menjerit memanggil, mama mama cepat ambik gambar ...cantik ni...

Paling saya suka gambar ni.. pemandangan senja dari balkoni bilik kami. Maaflah gambar dari lensa jurukamera tak pro (Suami saya selalu mengutuk skill kelaut saya ni)

Makan malam memang tak banyak choice, kat cafe hotel sahaja. Kalau family ramai mungkin boleh bawak makanan sendiri... bawak dapur gas steamboat and bahan mentah sendiri ( ada peti ais), baru puas makan ramai-ramai. Silapnya saya tak dengar nasihat suami. So kena la makan kat hotel, Nasi goreng biasa satu pinggan rm 14, spaghetti untuk budak-budak rm10 satu pinggan. so Makan malam untuk berenam RM78. Jeles pulak tengok orang bilik sebelah bentang tikar makan ramai-ramai kat balkoni. Malam memang sejuk... untuk anak-anak yang ada asma atau masalah pernafasan, get ready dengan baju sejuk dan stokin ye...Anak-anak memang enjoy stay kat sini and minta nak datang lagi ( Maknanya best la tuu..)

Encik suami tersilap ambik bilik yang tak masuk breakfast (RM185 untuk bilik ada 3 katil queen ) . Jadi untuk buffet breakfast kena tambah RM120. Makanan cuma roti bakar dan nasi lemak. tak berapa berbaloi tapi anak anak memang dah set mind kalau bercuti kena makan buffet breakfast.

On the way turun kami singgah kat muzium perhutanan. Dulu memang tak ada muzium ni... Okeyla untuk mengenal jenis kayu, jenis batu..kami ni jenis suka muzium...
Depan sekali ni anak no 2. Birthday ke 11  dia 24 oktober, so ni kira hadiah birthday jugakla secara kebetulan...heheh... 

kesimpulannya percutian ni memang best. Terima kasih encik suami.

Wednesday, October 22, 2014

Mimpi itu

Hari itu 20 oktober 2014 saya demam. Sebenarnya saya ni jenis yang susah demam. Alhamdulillah Allah kurniakan kesihatan yang terbaik untuk saya agar tugas dan urusan saya di dunia ini menjadi lebih mudah. Hampir setahun saya tidak demam kecuali selesema sedikit bila cuaca bertukar sahaja.
Setelah menelan 2 biji panadol actifast pagi itu saya cepat cepat menyiapkan tugas utama saya menyediakan makan tengahari untuk 4 anak saya yang sedang bercuti dan suami yang setiap hari pulang makan tengahari di rumah. Hari itu hari pertama cuti seminggu sempena deepavali. Ketika anak anak  dan suami sedang makan saya terlelap di ruang tamu setelah menelan 2 biji actifast lagi.
Ketika tidur itu saya bermimpi berada disuatu keadaan bila saya terlihat seekor lipan bara yang sangat besar. Puas berusaha untuk cuma membunuh lipan bara itu akhirnya lipan masuk kemulut saya dan saya tertelan lipan itu. Perasaan tersumbat dan tersekat bila tertelan lipan itu membawa saya hingga terjaga dari tidur.. Berkali kali saya beristighfar kerana mimpi yang aneh itu. Dek keletihan dan kesan ubat saya tertidur sekali lagi.
Ketika itulah saya di datangi mimpi ini. Saya berada di tengah tengah padang pasir yang luas. Hanya ada sebuah rumah dari batu atau tanah liat berbentuk 4 segi yang berwarna hijau kekuningan ( warna tanah). Di tepi rumah itu ada sepohon tamar. Saya berada di depan rumah itu. Keadaan saya tidak kemas dan agak comot dengan pakaian yang tidak berapa terurus. Saya duduk di atas tanah di depan rumah itu. Saya tahu didalam rumah itu ada beberapa orang sedang bercakap cakap dan saya tahu Di dalamnya ada Rasulullah SAW. Saya tidak tahu berapa lama saya berada di situ hingga tiba tiba pintu terbuka dan keluar seorang lelaki. lelaki itu memandang saya dan berkata. "Rasulullah SAW berkata...." Malangnya saya lupa apa yang dikatakannya. Yang saya ingat diakhir pesanan itu lelaki itu berkata Astaghfirullah. Dan saya terjaga.
Saya jadi gementar dengan mimpi yang tidak pernah saya alami selama ini. Mungkinkah ini peringatan kerana banyaknya dosa saya selama ini. Sesungguhnya saya amat rindu untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Tapi mimpi ini sangat membuat saya kesal kerana saya tidak dapat mengingat apa pesanan Baginda untuk saya. Mungkin amalan saya selama ini masih jauh dari cukup hingga pesanan itu tidak dapat saya ingati.