Exabytes beginner

Monday, April 28, 2014


Thursday, April 10, 2014

Sup makaroni

2 minggu menjadi  fulltime housewife kerja saya cuma masak makan ambil anak sekolah and segala rutin harian seorang surirumah. Banyaknya kerja dan masa rasa cepat sangat berlalu. ALHAMDULILLAH saya dikurniakan anak anak dan suami yang tidak cerewet bab makanan. Padanlah dengan saya yang tidak berapa pandai memasak ni. Semuanya pakai campak je dalam kuali...
Hari ni saya masak simple ( selalupun simple gak tapi hari ni lagi simple ehehehe) je untuk lunch. Ikan goreng dan masak lemak sawi dan ikan masin je. Fevret encik suami.Tapi anak anak saya tak suka masak lemak. Untuk diorang saya buat makaroni sup yg sangat mudah. Tauk je semuanya dalam periuk dan rebus...hehehe
Bahan bahan
1. Sebatang karot dipotong dadu
2. Brokoli ikut suka banyak mana
3. Bawang putih dua tiga ulas . Bawang merah empat lima ulas.
4. Ayam sedikit je untuk rasa kuah. Dipotong kecil kecil.
5. Garam.
6. Air
7. Dan macaroni..saya guna 3/4 peket 600 g ..anak ramai beb.
Mayang bawang merah dan bawang putih halus2 dan tumis hingga naik bau. Masukkan isi ayam dan air. Agak2 je air ni..boleh tambah nanti kalau tak cukup. Masukkan macaroni dan karot. Rebus sampai macaroni lembut..kalau kurang air tambah ye..bila dah lembut..masukkan brokoli. Renehkan selama lebih kurang 5 minit. Masukkan garam dan stok ayam jika suka. Dah agak2 rasa ok..matikan api dan bolehlah disantap...hehehe..dah katakan senang sangat je pun...

Tuesday, April 8, 2014

Singgang daging

Hi gals..aktifnya saya menulis blog semenjak dua menjak menjadi penganggur terhormat ni. Nak share resepi mudah saya hari ni..mudah mudah je sesuai untuk orang yg malas.
Singgang daging

Kita perlukan:

1. Lebih kurang 500g daging. Bahagian mana pun tak kisah tapi klau bahagian  yang berurat saya syorkan rebus kosong biar empuk dulu sebelum potong kecil kecil.
2. Kunyit lengkuas halia( lebih kurang seinci setiap satu) bawang putih bawang merah. Semuanya dimayang halus.
3. Sedikit serbuk cili. Atau boleh gunakan cili kering. Dihiris atau di tumbuk mana mana pun boleh.
4. Sedikit biji ketumbar. Lebih kurang sesudu teh.
5. Asam keping. Garam dan serbuk perasa jika suka.

Rebus semuanya hingga masak. ...senangkan.
kalau dah try buat boleh la share komen ya..:-)

Sunday, April 6, 2014

Simple life 1- Prawn Briyani Maggi

8th day of my jobless diary...

Prawn briyani
This is the loose end version of prawn briyani where i use  perencah briyani maggi...:) and just ordinary rice not basmathi rice..cheaper lol

You need:
1. A pack of perencah briyani maggi
2. A big red onion (shallot)
3. A big tablespoon of butter

1. Wash the rice , rinse well and toss it to drainbyhe water.
2. Melt the butter in the rice cooker. Make sure you press down the cook button until the butter melt. When it melt you can stop forcing the cook button down because it will stay there by itself.
2. When the butter is hot enough,Saute the onion. Mix yhe whole packet of perencah briyani maggi with the onion and continue to stir.
3. Mix the rice and continue to stir untill allbrice is cover by the spice.
4. Add enough water( around 1/2 inch) on top of the rice. Add  10 medium size prawns and cook in usual way you cook the rice.

Eat it with chicken curry or  prawn in sauce  together with acar timun(cucumber salad)

Thursday, April 3, 2014

Not just a cup of tea

Today is the fourth day i become a full time stay at home mommy... just  the fourth day...after spending 15 years of my after graduation life working and working...

Today is also the first day i dry my cloth under the sun after so many years of using the dryer...yep..lazy mummy rather spend on monthy high utility bill because all this while..she went out before the sun and came back home only after the sunset....the smell of the fresh laundry always make me calm... it is sort of indication that i have a lot of free time and can leisurely enjoy it..

But is that true a life of a SAHM is so leisurely free? I doutb so..even when i was working i know that a life of a housewife is not just a cup of tea..it is a cup of tea with a creamy double cheese cake and a good chicken parmagiana with a juicy beef lasagna...a chance to be one during the weekend among my working days told me  so. I never have a chance to lie down my back even a minute during weekend..there were so many backlogs to be cleared. Let alone enjoying a tv show...

Saturday, March 29, 2014

Cerita lemon

Saya selalu rasa cam great sangat kalau boleh semai pokok yang bukan pokok local..contohnya anggur epal ..pernah la tanam pokok anggur dari biji memang tumbuh tapi mati kekeringan tak sempat berbuah sebab lupa siram berhari hari..anggur yang ada kat rumah sekarang semuanya dari keratan batang.
Kali ni nak cerita pasal lemon yang saya semai dari benih lemon yang beli kat pasaraya..empat semai semua tumbuh tapi 3 mati kekeringan seperti biasa.yang tinggal satu ni je yang survive sampai besar. gambar ni masa dia berumur dalam 3 bulan camtu.. agak terbantut pembesarannya sebab tuannya asyik balik keja sampai rumah malam. Pokok ni pulak kat luar belakang rumah... seram den nak membelek malam-malam. Karang pokok yang dibelek lain pulak yang datang.
sila abaikan selipar jepun purple dan ibu jari saya... malas nak crop
Potong pucuk konon konon nak bagi bercabang tapi yang tumbuh lurus je naik tak bercabang pun.
Pucuk yang dah dipotong saja saya cucuk dalam pasu pokok cili sebab banyak sangat bena.

Manalah tau kalau kalau dengan bau pucuk lemon tu menyebabkan encik bena bersin dan melarikan diri. Saya tengok pucuk tu macam tak layu je.. malah naik pucuk baru pulak... aikk takkan boleh tumbuh dari pucuk. Dalam sebulan lebih cam tu saya cabut pucuk tu.... Walllaweiii... memang tumbuh akar. Alhamdulillah dapat lagi satu pokok lemon baru. Tapi yang paling best dan berharga dapat satu knowledge baru . Lemon boleh tumbuh dari pucuk..so unsangakarable.
Berserabut akar tumbuh dalam masa sebulan dua cam tu.. fuyyooo..gembiranya saya.
Gambar last ni pokok lemon yang saya dah tanam kat tanah. gambar minggu lepas ni.. harap harap pokok ni akan berbuah. Umur lemon ni dah dekat nak setahun dah.

Wednesday, January 29, 2014

Rawatan Kanser Dengan Al-Quran

Rawatlah Kanser dengan Al-Quran

Kaedah rawatan yang meliputi pendengaran ayat-ayat suci AlQuran , mandi dan minum air yang telah dibacakan AlQuran 

dan menggosok minyak zaitun yang telah dibacakan aya AlQuran pada tempat tempat yang dijangkiti kanser.

Ayat yang perlu dibaca:

1.  Surah Al-Fatihah
2.  Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 5
3.  Surah Al-Baqarah ayat 163, 164,165
4.  Surah Al-Baqarah ayat 255,256,257
5.  Surah Al-Baqarah ayat 284,285,286
6.  Surah Ali Imran ayat 1,2,3,4,5
7.  Surah Ali Imran ayat 18
8.  surah Ali Imran ayat 26,27
9.  Surah Al-A'raaf ayat 51,55,56
10. Surah Al-A'raaf ayat 117,118,119
11. Surah Yunus ayat 80,81,82
12. Surah Thahaa ayat 65,66,67,68,69
13  Surah Al-mukiminun , Ayat 115,116,117,118
14. Surah Ash Shaaffaat ayat 1,2,3,4,5
15. Surah Ar-Rahman ayat 31,32,33,34
16. Surah Al-Hasyr, ayat 21,22,23,24
17. Surah Al-mulk ayat 3,4
18. Surah Al-Qalam ayat 51,52
19. Surah Al-Jinn ayat 3
20. Surah Al-Kaafiruun
21. Surah Al-Falaq
22. Surah An-Naas

Ayat-ayat tersebut hendaklah dibaca sebanyak 7 kali dihadapan air mandi, air minum dan minyak zaitun.
1. Air mandi untuk 7 hari
2. Air minum untuk seminggu ( 3 gelas sehari)
3. Minyak Zaitun untuk digosok selama 21 hari

Setelah habis 7 kali ayat ayat tersebut dibacakan pada air dan minyak, diakhir pula dengan doa dibawah:

Thursday, January 16, 2014

Cinta Rasul

Salam jumaat sayyidul ayyam.sedikit perkongsian kuliah subuh hari mengenai cinta Rasul.

Antara sunnah Rasulullah ialah membaca surah As-sajadah dan surah Al insan ketika solat subuh hari jumaat. Kedua dua surah ini menceritakan tentang hari kiamat yang akan berlaku pada hari jumaat. Kita dianjurkan mengamalkan sunnah ini . semoga dengan peringatan seminggu sekali ini akan menghindarkan kita dari lalai terhadap Allah dan RasulNya.
Setelah kewafatan Rasulullah SAW. Umat islam menjadi hilang arah kerana berada dalam kesedihan yang amat sangat. Suasana mula menjadi tidak keruan. Ketika itu Saidina Abu Bakar Assidiq mencium jenazah Rasulullah yang telah kaku. Beliau kemudiannya telah naik ke mimbar dan berucap.ww
"Sesiapa yang cintakan Muhammad..Muhammad telah mati..sesiapa yang cintakan Allah Allah tetap hidup selama lamanya" Beliau kemudiannya membaca ayat ini

Para sahabat mendengar ayat tersebut seolah olah ia baru pertama kali dibaca padahal ayat tersebut telah lama di turunkan dan dihafal oleh mereka.Maka tenanglah kembali para sahabat yang berada dalam keadaan kacau bilau.

Kata Abu Hurairah setelah kedatangan Rasulullah bercahayalah Madinah .tetapi setelah kewafatan rasulullah hilanglah cahaya dari Mekah dan Madinah

Saidina Bilal bin Rabah berada dalam kesedihan hingga tidak dapat melaungkan azan setelah kewafatan Rasulullah. Beliau telah berhijrah keBaghdad. Ketika kembali menziarahi makam Rasulullah beliau telah di minta oleh cucu Rasulullah saidina Hussain untuk melaungkan azan. Setelah azan dilaungkan oleh Bilal keluarlah penduduk Madinah berduyun duyun dan bertanya adakah Muhammad telah hidup kembali? Begitulah kecintaan yang amat tinggi para sahabat terhadap Rasulullah SAW

Monday, January 13, 2014

Maulidurrasul

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْه

ِSalam  ...Selamat menyambut maulid nabi maulidurrasul semua.Sekarang INI setiapkali tibanya maulidurrasul isu yang dibahaskan di mana mana  ialah tentang wajar atau tidak kita menyambutnya? Bertahun tahun isu yang sama dibahaskan hanya menimbulkan pertelingkahan yang tidak berkesudahan.

Pandangan peribadi saya ingatlah pesanan Hassan AlBanna jangan berbahas dengan isu kecil yang akhirnya menimbulkan perselisihan faham dan sengketa berpanjangan . Lihat saja golongan yang mengatakan sambutan bidaah. Kesungguhan mereka mengatakan itu bidaah dan tidak patut disambut menyebabkan mereka mencaci maki golongan yang menyambutnya

Rasulullah SAW junjungan kita di puterakan pada 20 april 571 masehi pada  suatu subuh isnin yang sunyi.pendapat mengatakan jika ditukar kepada kalendar hijrah ( tahun pertama hijrah bersamaan dengan 622 masehi) tarikh kelahiran Rasulullah tersebut ialah 9 hingga 12 rabiulawal. Di negara ini kita sepakat menetapkan 12 rabiulawal sebagai tarikh maulidurrasul. Rasulullah wafat  pada isnin 12 rabiulawal.

Kita disarankan mengingati Rasulullah setiap hari bukan hanya pada hari kelahiran baginda sahaja. Namun dengan adanya sambutan maulidurrasul kita dapat menggunakannya sebagai platform untuk  kita memperbaharui niat dan hasrat kita untuk terus mengikuti sunnah dan ajaran Rasulullah.

Selamat menyambut keputeraan junjungan mulia Muhammad Rasulullah. Semoga hari hari mendatangkan akan menghadirkan cinta kepada Rasulullah di jiwa saya ...cinta yang sukar hadir walaupun telah diundang.

Sedikit perkongsian kuliah subuh pagi tadi mengenai kisah Salman Alfarisi. Perjalanan seorang hamba pilihan dalam mencari redhanya.mengalir air mata mengenang kesungguhan hati yang mencari redha khaliknya.

Salman Alfarisi berasal dari Iran dan seorang parsi penyembah api. Suatu hari ketika memarakkan api yang disembahnya api tersebut telah menyambar tangannya hingga melecur. Peristiwa ini membuatkan Salman berfikir.. Tuhan apakah yang memberi kecelakaan kepada hamba yang disembahnya. Salman mula mencari tuhan yang sebenarnya. Pencarian itu membawanya ke Rom.Salman lalu memeluk agama kristian dan tinggal bersama gurunya seorang pendita. Setelah kematian pendita tersebut barulah salman menyedari pendita yang disanjungnya itu menyembunyikan harta yang disumbangkan kepada biara untuk kegunaan sendiri. Salman akhirnya menyerahkan kembali harta tersebut kepada yang berhak. seperti yang di pesan oleh gurunya salman berguru pula dengan pendita yang lain

Setelah beberapa lama berguru dengan pendita kedua akhirnya pendita itu jatuh sakit. Beliau telah berpesan kepada kepada Salman hanya ada seorang lagi pendita yang jujur mengikut ajaran nabi Isa as. Salman pergi berguru kepada pendita ke 3 setelah kematian pendita kedua. Setelah beberapa lama pendita ketiga pula sakit. Menjelangkan kematiannya beliau telah berpesan kepada Salman .Selepas kematianku tiada lagi pendita lain yang lurus mengikut ajaran nabi Isa as. Namun tidak mengapa kerana masanya sudah dekat...akan bangkit Rasul terakhir di suatu tempat di mana banyak terdapat pokok kurma.

Salman akhirnya mengembara hingga akhirnya beliau sampai ke Tanah Arab. Beliau berhenti di suatu tempat yang ada banyak ladang kurma. Tempat itu ialah Thaif. Malangnya Salman telah ditangkap dan dijual sebagai hamba untuk bekerja di sebuah ladang kurma.

Suatu hari ketika Salman sedang berada di atas pokok kurma mendebungakan kurma , sepupu kepada tuan Salman datang menemui tuannya yang berada di bawah pokok kurma yang dipanjat oleh Salman.

Dari atas pokok Salman telah terdengar perbualan keduanya. Perbualan itu mengenai seseorang yang mengaku nabi dan sedang berdakwah di kota. Terkejut dengan perkabaran tersebut Salman telah terjun dari pokok kurma dan bertanya untuk mendapatkan penjelasan malangkan telah ditampar oleh tuannya kerana mencampuri perbualan mereka .

Salman berusaha mendapatkan Rasulullah yang ketika itu berlindung dari balingan batu dan hinaan penduduk Thaif. Menurut guru salman cara untuk mengenal Nabi itu ialah dengan 3 cara jika diberikan sedekah ia akan menolak. Jika diberikan hadiah dia akan menerima. Satu tanda lagi ialah terdapat tanda kenabian di badan dibawah lengannya(ketiak).

Salman menghampiri Rasulullah yang ketika itu bersama sy Abu Bakar dan menghulurkan kurma seraya berkata " Ya tuan terimalah sedekahku ini" Rasulullah menolaknya tetapi menyuruh abu bakar menerima dan makan kurma tersebut. Keesokan harinya Salman datang lagi dan menghulurkan kurma kepada Rasulullah sambil berkata "Ya Tuan terimalah hadiahku ini" Rasulullah lantas mengambil kurma itu dan memakannya. ketika Rasulullah makan Salman berusaha untuk melihat tanda kenabian yang terdapat di bawah ketiak Nabi sehingga baginda sedar tingkah laku itu.

Rasulullah bertanya " Adakah ini yang engkau cari " Sambil mengangkat lengannya. Ketika itu ternampak lah oleh Salman tanda kenabian tersebut. Beliau lantas memeluk dan mencium Nabi. Beliau terus mengucap dua kalimah syahadat.

Monday, December 30, 2013

Bai Bai 2013

uhuuuhuhu.... generalnya tajuk posting kali ni..seriously  selepas lama tidak memblog rasa macam susah sangat nak menulis. since entry ni pun dah berada diambang 2014..saya akan summarizekan segala yang berlaku dalam tahun 2013 dalam entry yang saya jangka akan jadi panjang ini ( bergantung kepada tahap kerajinan)

 Tahun 2013 ni boleh le dikatakan tahun yang agak mencabar bagi saya.. paling penting apa yang berlaku sepanjang tahun ni banyak merubah persepsi saya terhadap hidup..echehchehehe... bombastik pulak  ayat ni..

1. Tahun ni saya mendapat uban yang pertamaTahu.. tahu...x yah cakap... ramai orang muda muda dah ada uban.. tapi generasi saya ni tua baru beruban.pada 21 september 2013 bersamaan dengan 15 zulkaedah iaitu 2 hari sebelum harijadi saya yang ke 40 mengikut kalendar hijrah( kalendar masehi baru nak masuk 39) saya menyedari kewujudan uban pertama saya. padanlah dah 40. Rupa-rupanya bukan mat salleh je yang menganggap 40 ni usia yang istimewa tetapi dalam islam juga 40 adalah angka yang sangat significant. tengok jela... nubuwwah Rasullullah berlaku ketika usia baginda 40 tahun...Rasul rasul lain kecuali Nabi Isa dan Nabi Yahya juga diutus menjadi Rasul selepas usia 40 tahun.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Alqaf ayat 15:


حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang shaleh yang engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (Q.S. Al-Ahqâf: 15)

Para ahli tafsir berpendapat usia ini disebut dalam Alquraan kerana 40 tahun adalah usia yang benar-benar dewasa dan matang sepenuhnya.stabil dari segi fizikal dan mental.
Sabda Rasulullah (SAW):

سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد
Seorang hamba muslim bila usianya mencapai empat puluh tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai enam puluh tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepada-Nya. Bila usianya mencapai tujuh puluh tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai delapan puluh tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai sembilan puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang belakangan, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai “tawanan Allah” di bumi. (H.R. Ahmad)