Assalamualaikum / Selamat malam
Journey to happiness
My every personal thought of my life
Thursday, June 12, 2025
Saturday, June 25, 2022
Thursday, February 2, 2017
Perkongsian Buku Shaikh Abdul Wahid Salim Bali- Bah 1(ms 27-30)
Tuesday, March 17, 2015
Pengalaman di Raudhah
Setelah sedikit taklimat ringkas kami seramai lebih kurang 30 orang, dibawa kemasjid nabawi. Transit pertama sebelum ialah hadapan pintu sebelum masuk laluan ke Raudhah di situ ustazah mengarahkan kami solat dhuha dahulu kerana bimbang tidak berkesempatan solat di Raudhah. Ketika itu anak sulung Alani, 15 tahun, berbisik, mama wuduk habis. Cepat-cepat saya suruh dia ambil wuduk menggunakan botol spray yang memang dibawa. Anak saya di jenis malu-malu alah sikit kata orang, ditariknya adiknya ke belakang tiang untuk berwuduk padahal semua jemaah perempuan sahaja di situ. Ketika mereka berdua di belakang tiang ustazah mengarahkan kami semua pindah ke transit kedua. Ketika itu saya dan ibu agak panik mencari-cari anak saya tapi saya bergerak juga sambil berpusing -pusing mencari-cari di belakang. Alhamdulillah mereka mengikut.
Di transit kedua ini kami menjadi kumpulan Asia Tenggara yang terakhir. Ustazah bertanya mahu masuk cepat atau mahu masuk lama? Mahu lama ustazah kata saya. Ok kata ustazah kalau mahu lama biar kita jadi kumpulan terakhir. Kami menunggu agak lama di situ. kesempatan di gunakan untuk solat dhuha, dan membaca Alquran, selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah. Banyakkan selawat Insyaallah masa di Raudhah akan di mudahkan kata ustazah. Itu yang saya pegang, saya pastikan mulut tidak putus-putus berselawat kepada junjungan besar Rasulullah kerana saya amat rindu ingin berada pada tempat yang paling hampir dengan Baginda. Anak-anak dan ibu juga saya pesan begitu. Ketika ini ustazah mengingatkan tidak semua karpet hijau itu termasuk dalam Raudhah. Hanya bahagian kiri mimbar sahaja. Sedangkan karpet hijau itu di bentangkan hingga ke hujung. Jadi apabila masuk tujulah bahagian kiri mimbar. Banyak kejadian di mana jemaah solat di karpet hijau di bahagian kanan mimbar kerana menyangka itu sebahagian dari raudhah. Kita tidak mahu rugi begitu kata ustazah.
Alhamdulillah lebih kurang pukul 11 pagi, kami pindah ke transit ke 3 , kami menuju ke bahagian kiri mimbar, berada di karpet merah sebelum Raudhah. Dari karpet merah itu kami berjalan secara bersesak sesak ke depan hingga tidak sedar tiba-tiba bila menunduk ke bawah, Subhanallah di bawah kaki saya ialah karpet hijau Raudhah. Ya Allah aku sudah masuk ke dalam Raudhah bisik hati kecil saya. Ketika itu tidak semena-mena hati di pagut sayu, Air mata merembes keluar tanpa di sedari.
"Assalamulaika ayyuhannabi yuwarohmatullah hi wabarokatuh" Ya Rasulullah aku umatmu datang ke rumahmu, terimalah aku sebagai umatmu dan berilah aku syafaatmu."
Hingga ketika entri ini di tulis airmata masih mengalir keluar. Hanya yang pernah melalui pengalaman indah di Raudhah akan memahami. Saya berpusing pada anak-anak dan ibu di belakang " Kita dalam Raudhah sekarang ..ucapkan salam pada Rasulullah.."
"Solli ya Ibu...Solli..." kata polis masjid di belakang saya. Saya cuba mencari dalam kesesakan untuk mencari sedikit ruang untuk rukuk dan sujud. Kerana tidak berjumpa ruang saya kepung ruang untuk ibu solat dahulu. ketika menjaga ibu solat tiba ruang di hadapan saya menjadi lapang. Ketika itu terbuka kesempatan saya untuk solat. Saya solat dhuha 2 rakaat. Selesai ibu solat anak-anak saya berganti-ganti solat. Alhamdulillah kesemuanya di berikan kesempatan oleh Allah untuk solat di Raudhah. Pesan saya pada ibu dan anak-anak baca doa selepas tahiyyat , sebelum salam, jika tidak kita akan dihalau jika berdoa selepas salam.Jika sujud terlalu lama sambil berdoa juga akan di halau keluar.
Usai solat ibu dan anak-anak bergerak kembali ke belakang di karpet merah. Ketika saya sedang berjalan sebelum keluar dari karpet hijau tiba-tiba ruang sekeliling saya menjadi lapang. Saya tidak membuang masa terus mengangkat takbir menunaikan solat sunat mutlak 2 rakaat lagi. Selesai solat kawasan sekeliling masih agak lapang lagi, saya ambil kesempatan menunaikan 2 rakaat lagi solat sunat mutlak. Selesai solat, saya ingat cukuplah 6 rakaat yang Allah rezekikan pada saya hari ini. Berilah peluang dan kesempatan pada orang lain pula. Saya bergerak ke tepi tiang untuk berdiri dan berdoa. Tips ini saya dapat dari ustazah yang memberikan kursus umrah. Katanya kalau mahu berdoa lama berdiri rapat-rapat pada tiang, takkan ada yang menghalau kita. Saya berdiri dekat dengan tiang dan berdoa.Ketika berdoa itu sekali lagi kawasan di hadapan saya menjadi lapang. saya terus tunaikan 2 rakaat lagi di situ. YaAllah Alhamdulillah 8 rakaat yang aku tunaikan di Raudhah ini moga dapat membantu aku untuk masuk ke Taman SyurgaMu di Akhirat nanti.
"Khalas ya Ibu... Masa habis.." Kata polis. Raudhah kepada jemaah perempuan akan di tutup lebih kurang 1 jam sebelum masuk waktu zohor. Saya keluar." Puas hati?" tanya Ustazah yang sedang menanti saya di karpet merah sambil menepuk bahu saya.."Alhamdulillah Ustazah...Allah beri rezeki.." " Mari ustazah tunjukkan pemisah Raudhah." Ketika itu ustazah membawa saya ke bahagian yang menampakkan mimbar. Nampak garisan tiang tengah pada bumbung itu itu kata ustazah. Itulah sempadan Raudah. Sayangnya saya tidak sempat mengambil gambar. Mungkin kunjungan yang lain akan saya cuba snap gambarnya.
Ustazah dan saya bergerak ke tempat di mana ahli kumpulan yang lain sedang menanti..kami bergerak keluar , minum air zamzam dan seterusnya keluar ke perkarangan masjid untuk mengucap salam kepada ahli Jannatul Baqi' , perkuburan yang menempatkan jenazah ahli-ahli syurga. Sesungguhnya pengalaman pertama saya di Raudhah amat manis dan akan terpahat dalam ingatan saya sehingga nafas ini terhenti.
Masa amat terbatas..saya akan sambung di lainkali pengalaman saya memasuki raudah kali kedua. sila singgah lain kali untuk sambungannya..:-)
Wednesday, February 4, 2015
Belajar berbekam dengan encik suami
Hari ini encik suami ajar saya cara berbekam dengan niat saya boleh bekam beliau nanti. Suami saya ambik kursus bekam dengan pusrapi. Setakat ni dah banyak ksli jugakla bekam orang (mangsa) dan ada sijil kelayakan.... Seram seh saya ni dah la penakut darah tapi demi suami tersayang kugagahkan jua menengoknya.... nak buat tak tahu bila pulak berani
Read the Quran with open mind. Throw away the prejudice and may Allah grant you hidayah
Surah Al-Isra, Verse 45:
وَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ جَعَلْنَا بَيْنَكَ وَبَيْنَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ حِجَابًا مَّسْتُورًا
When thou dost recite the Qur'an, We put, between thee and those who believe not in the Hereafter, a veil invisible:
Verse 46:
وَجَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا وَإِذَا ذَكَرْتَ رَبَّكَ فِي الْقُرْآنِ وَحْدَهُ وَلَّوْا عَلَىٰ أَدْبَارِهِمْ نُفُورًا
And We put coverings over their hearts (and minds) lest they should understand the Qur'an, and deafness into their ears: when thou dost commemorate thy Lord and Him alone in the Qur'an, they turn on their backs, fleeing (from the Truth).
Verse 47:
نَّحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَسْتَمِعُونَ بِهِ إِذْ يَسْتَمِعُونَ إِلَيْكَ وَإِذْ هُمْ نَجْوَىٰ إِذْ يَقُولُ الظَّالِمُونَ إِن تَتَّبِعُونَ إِلَّا رَجُلًا مَّسْحُورًا
We know best why it is they listen, when they listen to thee; and when they meet in private conference, behold, the wicked say, "Ye follow none other than a man bewitched!"
Wednesday, January 21, 2015
Perjanjian Manusia dengan Allah
Soalan kedua:
"Mengapa Allah menyediakan syurga untuk di huni oleh sebahagian manusia sahaja? Mengapa Allah tidak menyediakan syurga yang cukup untuk semua manusia. Adakah Allah sesadis itu?"
Tiada seorang pun manusia akan menentang pengadilan Allah. Hanya mereka akan merayu kepada Allah supaya mereka diberikan satu peluang lagi untuk menebus kesilapan di dunia. Malangnya peluang hanya ada di dunia kita berdosa, kita berpeluang bertaubat . Sebaik sahaja kita meninggal dunia tiada lagi peluang untuk kita.
Jadi untuk soalan kenapa Allah menciptakan manusia. Jawapannya ialah kerana manusia adalah ciptaan yang lebih baik. Secara logiknya awak dan saya harus bersetuju manusia yang mempunyai hawa nafsu yang lulus cemerlang adalah ciptaan yang lebih baik dari malaikat yang tidak mempunyai hawa nafsu dan tidak diuji. Tidak mengapa jika anda tidak mengingai perjanjian sebelum kita ke dunia ini. Bila kita berdua meninggalkan dunia ini kita akan berjumpa lagi dan ketika itu anda akan berkata "Saya mengingatinya". Al Quran tidak akan silap. kerana jika anda dengar ceramah saya sebelum ini 80 peratus daripada kandungan Al-Quran adalah bertepatan dengan fakta sains. 20 peratus lagi berada di tengah-tengah, tidak betul dan tidak salah. Jika 80 peratus adalah 100 peratus tepat dan 0.1 peratus daripada 20 peratus tidak dapat dibuktikan salah, Secara Logik,saya berani mengatakan yang 20 peratus itu juga adalah tepat. Saya adalah seorang yang logikal dan saintifik, jadi saya percaya pada fakta dalam AlQuran.
Lelaki ini masih tidak puas hati , dia bertanya lagi: Tetapi saya tetap tidak ingat saya pernah ditanya. adakah awak ingat?
Dr Zakir mengulangi lagi jawapannya: Jika awak mendengar jawapan saya tadi, saya pun tidak mengingatinya. Tetapi jika kita mengingatinya, bermaknakah ujian itu? Begini, jika seorang guru ingin memberi ujian kepada muridnya dan dia membenarkan muridnya membuka buku ketika ujian itu dijalankan adakah ujian itu bermakna? Selepas ujian dijalankan bolehkah kita membuka buku? Ya boleh kan tetapi adakah kita boleh menjawab kembali soalan ujian itu? Pasti tidak boleh. Tetapi adakah kita boleh membuka buku ketika peperiksaan ? Tidak boleh kan.Jika kita berbuat begitu itu dipanggil menipu.
Jadi selepas ujian ini jika awak masih tidak ingat, Awak boleh memberitahu Allah awak tidak mengingatinya. Tetapi AlQuran telah memberitahu tiada seorang manusia pun yang akan menentang pengadilan Allah. Jadi hari ini sebagai orang yang logikal dan saintifik, berdasarkan pengetahuan saintifik saya , berdasarkan pemikiran logik saya , serta berdasarkan kajian saya terhadap Alquran dan kitab-kitab lain, saya mengatakan tiada kitab lain yang membicarakan ujian ini. Jadi saya yakin pada Al-Quran.
Untuk soalan kedua yang mengatakan Allah itu sadis ,saya ingin menegaskan Allah tidak sadis. Sebagai analogi, jika saya ingin pelajar saya masuk ke kolej perubatan, adakah semua pelajar dalam satu sekolah dapat masuk ke kolej perubatan? Tidak kan? hanya sedikit yang berjaya, boleh saya katakan hanya 5 peratus yang akan berjaya. Kenapa pulak saya membina kolej perubatan yang haya mampu dimasuki oleh 5 peratus pelajar jika saya mampu membina kolej perubatan yang boleh dimasuki oleh semua pelajar di sekolah itu? ok.. kolej hanya untuk yang terpilih sahaja.
Sama seperti Allah menyediakn syurga, jannatul firdaus contohnya. Tidak semua orang boleh masuk ke syurga firdaus.
Pemuda, bertanya dengan nada sedikit tinggi: Kenapa Tidak?
Dr Zakir: Kenapa semua orang tidak boleh masuk ke kolej perubatan?
Pemuda: Sebab itu kapasiti manusia.
Dr Zakir: Tidak orang boleh masuk kolej perubatan . Jika awak pintar ia amat mudah bagi awak. Awak mesti jujur kepada diri sendiri. Sesetengah orang merasakan dirinya pintar. Jika awak pintar awak pasti dapat melihat kebenaran ini sebenar-benarnya. Jika kebijaksanaan saintifik dan pemikiran logik itu menjadikan awak seorang atheis, kebijaksanaan itu juga sepatutnya boleh awak menemui kebenaran. Jadi saya akan berkata Allah itu sadis.Saya akan berkata kita inilah yang bodoh kerana memilih untuk diuji. Allah memberi pilihan kepada kita, kita yang memilihnya. Kita yang bertanggungjawab sepenuhnya diatas pilihan kita.
Pemuda: Untuk bahagian kedua soalan saya, mengapa Allah ingin mengagumi ciptaannya yang lain, yang pada Allah mudah untuk dilakukan?
Dr Zakir:
Dalam Surah Hashr Ayat 21 Allah telah memberikan gambaran jika gunung yang kuat pun tidak sanggup untuk menganggung bebanan diuji, mengapakah kita ini, manusia dengan tidak bijaknya sanggup menghadapinya?
Adakah Allah memerlukan kekaguman dan pujian kita untuk menjadi lebih kuat? Tidak sama sekali kerana Allah maha berkuasa.Allah menyuruh kita melihat kebesarannya kerana sebagai manusia , sifat semulajadi kita akan mengikut dan mengambil contoh dari orang yang kita puja. Sebagai contoh jika ibu kita sakit jantung dan dirawat oleh seorang doktor yang tidak terkenal. Pada masa yang sama kita tahu doktor X adalah pakar jantung paling berprestij, adakah kita akan mengikut nasihat Dr X atau nasihat doktor yang tidak terkenal itu?
Pemuda: Pasti Dr X
Dr Zakir: Kenapa ? kerana Dr X terkenal, semua orang tahu. Jadi sebab dalam solat kita perlu mengucapkan Allahuakbar, Allah maha berkuasa, Allah Maha bijaksana, adakah Allah mendapat faedah darinya? Tidak sama sekali, sebaliknya itu untuk kita sendiri. Jika kita menyembah Allah kita akan taat pada Allah. Jika kita taat pada Allah kita akan ke syurga. Adakah pujian-pujian itu memberi kesan kepada Allah. Tidak. Allah tidak memerlukan kita. Kita yang memerlukan Allah.
Dr Zakir:
Itu semua mudah bagi Allah tetapi bagi manusia, ia adalah mustahil. Allah memberikan segala contoh ini, gunung bintang matahari proton elektron, dna dan sebagainya sebagai perbandingan. Jika semua ini dibanding manusia yang dikatakan sebaik baik kejadian, tidakkah kita akan mengaguminya? jika segala ciptaan Allah yang disebutkan itu adalah luarbiasa bagi kita, tidakkah kita patut mengagumi Allah yang menciptakan kita?
Pemuda: Jika awak memberikan saya 100 dolar , adakah saya patut mengagumi awak?
Dr Zakir: Jika Bill Gate memberikan awak 100 dolar adakah awak merasa takjub? soalannya mengapa Bill Gate mahu memberikan awak 100 dolar? Jika awak beritahu saya entah sesiapa memberikan awak 100 dolar, saya tidak akan merasa kagum. Tetapi jika awak beritahu saya Bill Gate memberikan awak 100 dolar, pasti saya mengaguminya. soalannya kenapa dia berikan kepada awak? kenapa tidak kepada yang lain?
Pemuda: Saya faham. Saya tidak patut mengagumi pemberiannya tetapi saya patut mengagumi dia yang memberi.
Tuesday, January 6, 2015
PHP MySQL insert date
MySQL recognizes DATE values in these formats:
As a string in either 'YYYY-MM-DD' or 'YY-MM-DD' format. A “relaxed” syntax is permitted: Any punctuation character may be used as the delimiter between date parts. For example, '2012-12-31', '2012/12/31', '2012^12^31', and '2012@12@31' are equivalent.
As a string with no delimiters in either 'YYYYMMDD' or 'YYMMDD' format, provided that the string makes sense as a date. For example, '20070523' and '070523' are interpreted as '2007-05-23', but '071332' is illegal (it has nonsensical month and day parts) and becomes '0000-00-00'.
As a number in either YYYYMMDD or YYMMDD format, provided that the number makes sense as a date. For example, 19830905 and 830905 are interpreted as '1983-09-05'.
Therefore, the string '08/25/2012' is not a valid MySQL date literal. You have four options (in some vague order of preference, without any further information of your requirements):
Configure Datepicker to provide dates in a supported format using its dateFormat option:
$( ".selector" ).datepicker({ dateFormat: "yyyy-mm-dd" });
Use MySQL's STR_TO_DATE() function to convert the string:
INSERT INTO user_date VALUES ('', '$name', STR_TO_DATE('$date', '%m/%d/%Y'))
Convert the string received from jQuery into a PHP timestamp—e.g. using strtotime():
$timestamp = strtotime($_POST['_date']);
and then either:
format the timestamp using date():
$date = date('Y-m-d', $timestamp);
pass the timestamp directly to MySQL using FROM_UNIXTIME():
INSERT INTO user_date VALUES ('', '$name', FROM_UNIXTIME($timestamp))
Manually manipulate the string into a valid literal:
$parts = explode('/', $_POST['date']);
$date = "$parts[2]-$parts[0]-$parts[1]
Tuesday, December 23, 2014
Penghulu Istighfar (Sayyidul Istighfar)
Friday, November 28, 2014
Bukit Tambun trip
The sky is clear.. the cloud is fluffy and we are entering Taiping.. one of the oldest town in Malaysia. Hari ni kami dalam perjalanan untuk ke bukit Tambun Water park. Memandangkan hari dah pun pukul 11 dan kami pun tak sampai sampai lagi ke Ipoh dan tiket water park tu tak de tarikh encik suami mencadangkan kami masuk esok sahaja supaya boleh spend 1 hari kat dalam

