Exabytes beginner

Saturday, March 29, 2014

Cerita lemon

Saya selalu rasa cam great sangat kalau boleh semai pokok yang bukan pokok local..contohnya anggur epal ..pernah la tanam pokok anggur dari biji memang tumbuh tapi mati kekeringan tak sempat berbuah sebab lupa siram berhari hari..anggur yang ada kat rumah sekarang semuanya dari keratan batang.
Kali ni nak cerita pasal lemon yang saya semai dari benih lemon yang beli kat pasaraya..empat semai semua tumbuh tapi 3 mati kekeringan seperti biasa.yang tinggal satu ni je yang survive sampai besar. gambar ni masa dia berumur dalam 3 bulan camtu.. agak terbantut pembesarannya sebab tuannya asyik balik keja sampai rumah malam. Pokok ni pulak kat luar belakang rumah... seram den nak membelek malam-malam. Karang pokok yang dibelek lain pulak yang datang.
sila abaikan selipar jepun purple dan ibu jari saya... malas nak crop
Potong pucuk konon konon nak bagi bercabang tapi yang tumbuh lurus je naik tak bercabang pun.
Pucuk yang dah dipotong saja saya cucuk dalam pasu pokok cili sebab banyak sangat bena.

Manalah tau kalau kalau dengan bau pucuk lemon tu menyebabkan encik bena bersin dan melarikan diri. Saya tengok pucuk tu macam tak layu je.. malah naik pucuk baru pulak... aikk takkan boleh tumbuh dari pucuk. Dalam sebulan lebih cam tu saya cabut pucuk tu.... Walllaweiii... memang tumbuh akar. Alhamdulillah dapat lagi satu pokok lemon baru. Tapi yang paling best dan berharga dapat satu knowledge baru . Lemon boleh tumbuh dari pucuk..so unsangakarable.
Berserabut akar tumbuh dalam masa sebulan dua cam tu.. fuyyooo..gembiranya saya.
Gambar last ni pokok lemon yang saya dah tanam kat tanah. gambar minggu lepas ni.. harap harap pokok ni akan berbuah. Umur lemon ni dah dekat nak setahun dah.

Wednesday, January 29, 2014

Rawatan Kanser Dengan Al-Quran

Rawatlah Kanser dengan Al-Quran

Kaedah rawatan yang meliputi pendengaran ayat-ayat suci AlQuran , mandi dan minum air yang telah dibacakan AlQuran 

dan menggosok minyak zaitun yang telah dibacakan aya AlQuran pada tempat tempat yang dijangkiti kanser.

Ayat yang perlu dibaca:

1.  Surah Al-Fatihah
2.  Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 5
3.  Surah Al-Baqarah ayat 163, 164,165
4.  Surah Al-Baqarah ayat 255,256,257
5.  Surah Al-Baqarah ayat 284,285,286
6.  Surah Ali Imran ayat 1,2,3,4,5
7.  Surah Ali Imran ayat 18
8.  surah Ali Imran ayat 26,27
9.  Surah Al-A'raaf ayat 51,55,56
10. Surah Al-A'raaf ayat 117,118,119
11. Surah Yunus ayat 80,81,82
12. Surah Thahaa ayat 65,66,67,68,69
13  Surah Al-mukiminun , Ayat 115,116,117,118
14. Surah Ash Shaaffaat ayat 1,2,3,4,5
15. Surah Ar-Rahman ayat 31,32,33,34
16. Surah Al-Hasyr, ayat 21,22,23,24
17. Surah Al-mulk ayat 3,4
18. Surah Al-Qalam ayat 51,52
19. Surah Al-Jinn ayat 3
20. Surah Al-Kaafiruun
21. Surah Al-Falaq
22. Surah An-Naas

Ayat-ayat tersebut hendaklah dibaca sebanyak 7 kali dihadapan air mandi, air minum dan minyak zaitun.
1. Air mandi untuk 7 hari
2. Air minum untuk seminggu ( 3 gelas sehari)
3. Minyak Zaitun untuk digosok selama 21 hari

Setelah habis 7 kali ayat ayat tersebut dibacakan pada air dan minyak, diakhir pula dengan doa dibawah:

Thursday, January 16, 2014

Cinta Rasul

Salam jumaat sayyidul ayyam.sedikit perkongsian kuliah subuh hari mengenai cinta Rasul.

Antara sunnah Rasulullah ialah membaca surah As-sajadah dan surah Al insan ketika solat subuh hari jumaat. Kedua dua surah ini menceritakan tentang hari kiamat yang akan berlaku pada hari jumaat. Kita dianjurkan mengamalkan sunnah ini . semoga dengan peringatan seminggu sekali ini akan menghindarkan kita dari lalai terhadap Allah dan RasulNya.
Setelah kewafatan Rasulullah SAW. Umat islam menjadi hilang arah kerana berada dalam kesedihan yang amat sangat. Suasana mula menjadi tidak keruan. Ketika itu Saidina Abu Bakar Assidiq mencium jenazah Rasulullah yang telah kaku. Beliau kemudiannya telah naik ke mimbar dan berucap.ww
"Sesiapa yang cintakan Muhammad..Muhammad telah mati..sesiapa yang cintakan Allah Allah tetap hidup selama lamanya" Beliau kemudiannya membaca ayat ini

Para sahabat mendengar ayat tersebut seolah olah ia baru pertama kali dibaca padahal ayat tersebut telah lama di turunkan dan dihafal oleh mereka.Maka tenanglah kembali para sahabat yang berada dalam keadaan kacau bilau.

Kata Abu Hurairah setelah kedatangan Rasulullah bercahayalah Madinah .tetapi setelah kewafatan rasulullah hilanglah cahaya dari Mekah dan Madinah

Saidina Bilal bin Rabah berada dalam kesedihan hingga tidak dapat melaungkan azan setelah kewafatan Rasulullah. Beliau telah berhijrah keBaghdad. Ketika kembali menziarahi makam Rasulullah beliau telah di minta oleh cucu Rasulullah saidina Hussain untuk melaungkan azan. Setelah azan dilaungkan oleh Bilal keluarlah penduduk Madinah berduyun duyun dan bertanya adakah Muhammad telah hidup kembali? Begitulah kecintaan yang amat tinggi para sahabat terhadap Rasulullah SAW

Monday, January 13, 2014

Maulidurrasul

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْه

ِSalam  ...Selamat menyambut maulid nabi maulidurrasul semua.Sekarang INI setiapkali tibanya maulidurrasul isu yang dibahaskan di mana mana  ialah tentang wajar atau tidak kita menyambutnya? Bertahun tahun isu yang sama dibahaskan hanya menimbulkan pertelingkahan yang tidak berkesudahan.

Pandangan peribadi saya ingatlah pesanan Hassan AlBanna jangan berbahas dengan isu kecil yang akhirnya menimbulkan perselisihan faham dan sengketa berpanjangan . Lihat saja golongan yang mengatakan sambutan bidaah. Kesungguhan mereka mengatakan itu bidaah dan tidak patut disambut menyebabkan mereka mencaci maki golongan yang menyambutnya

Rasulullah SAW junjungan kita di puterakan pada 20 april 571 masehi pada  suatu subuh isnin yang sunyi.pendapat mengatakan jika ditukar kepada kalendar hijrah ( tahun pertama hijrah bersamaan dengan 622 masehi) tarikh kelahiran Rasulullah tersebut ialah 9 hingga 12 rabiulawal. Di negara ini kita sepakat menetapkan 12 rabiulawal sebagai tarikh maulidurrasul. Rasulullah wafat  pada isnin 12 rabiulawal.

Kita disarankan mengingati Rasulullah setiap hari bukan hanya pada hari kelahiran baginda sahaja. Namun dengan adanya sambutan maulidurrasul kita dapat menggunakannya sebagai platform untuk  kita memperbaharui niat dan hasrat kita untuk terus mengikuti sunnah dan ajaran Rasulullah.

Selamat menyambut keputeraan junjungan mulia Muhammad Rasulullah. Semoga hari hari mendatangkan akan menghadirkan cinta kepada Rasulullah di jiwa saya ...cinta yang sukar hadir walaupun telah diundang.

Sedikit perkongsian kuliah subuh pagi tadi mengenai kisah Salman Alfarisi. Perjalanan seorang hamba pilihan dalam mencari redhanya.mengalir air mata mengenang kesungguhan hati yang mencari redha khaliknya.

Salman Alfarisi berasal dari Iran dan seorang parsi penyembah api. Suatu hari ketika memarakkan api yang disembahnya api tersebut telah menyambar tangannya hingga melecur. Peristiwa ini membuatkan Salman berfikir.. Tuhan apakah yang memberi kecelakaan kepada hamba yang disembahnya. Salman mula mencari tuhan yang sebenarnya. Pencarian itu membawanya ke Rom.Salman lalu memeluk agama kristian dan tinggal bersama gurunya seorang pendita. Setelah kematian pendita tersebut barulah salman menyedari pendita yang disanjungnya itu menyembunyikan harta yang disumbangkan kepada biara untuk kegunaan sendiri. Salman akhirnya menyerahkan kembali harta tersebut kepada yang berhak. seperti yang di pesan oleh gurunya salman berguru pula dengan pendita yang lain

Setelah beberapa lama berguru dengan pendita kedua akhirnya pendita itu jatuh sakit. Beliau telah berpesan kepada kepada Salman hanya ada seorang lagi pendita yang jujur mengikut ajaran nabi Isa as. Salman pergi berguru kepada pendita ke 3 setelah kematian pendita kedua. Setelah beberapa lama pendita ketiga pula sakit. Menjelangkan kematiannya beliau telah berpesan kepada Salman .Selepas kematianku tiada lagi pendita lain yang lurus mengikut ajaran nabi Isa as. Namun tidak mengapa kerana masanya sudah dekat...akan bangkit Rasul terakhir di suatu tempat di mana banyak terdapat pokok kurma.

Salman akhirnya mengembara hingga akhirnya beliau sampai ke Tanah Arab. Beliau berhenti di suatu tempat yang ada banyak ladang kurma. Tempat itu ialah Thaif. Malangnya Salman telah ditangkap dan dijual sebagai hamba untuk bekerja di sebuah ladang kurma.

Suatu hari ketika Salman sedang berada di atas pokok kurma mendebungakan kurma , sepupu kepada tuan Salman datang menemui tuannya yang berada di bawah pokok kurma yang dipanjat oleh Salman.

Dari atas pokok Salman telah terdengar perbualan keduanya. Perbualan itu mengenai seseorang yang mengaku nabi dan sedang berdakwah di kota. Terkejut dengan perkabaran tersebut Salman telah terjun dari pokok kurma dan bertanya untuk mendapatkan penjelasan malangkan telah ditampar oleh tuannya kerana mencampuri perbualan mereka .

Salman berusaha mendapatkan Rasulullah yang ketika itu berlindung dari balingan batu dan hinaan penduduk Thaif. Menurut guru salman cara untuk mengenal Nabi itu ialah dengan 3 cara jika diberikan sedekah ia akan menolak. Jika diberikan hadiah dia akan menerima. Satu tanda lagi ialah terdapat tanda kenabian di badan dibawah lengannya(ketiak).

Salman menghampiri Rasulullah yang ketika itu bersama sy Abu Bakar dan menghulurkan kurma seraya berkata " Ya tuan terimalah sedekahku ini" Rasulullah menolaknya tetapi menyuruh abu bakar menerima dan makan kurma tersebut. Keesokan harinya Salman datang lagi dan menghulurkan kurma kepada Rasulullah sambil berkata "Ya Tuan terimalah hadiahku ini" Rasulullah lantas mengambil kurma itu dan memakannya. ketika Rasulullah makan Salman berusaha untuk melihat tanda kenabian yang terdapat di bawah ketiak Nabi sehingga baginda sedar tingkah laku itu.

Rasulullah bertanya " Adakah ini yang engkau cari " Sambil mengangkat lengannya. Ketika itu ternampak lah oleh Salman tanda kenabian tersebut. Beliau lantas memeluk dan mencium Nabi. Beliau terus mengucap dua kalimah syahadat.

Monday, December 30, 2013

Bai Bai 2013

uhuuuhuhu.... generalnya tajuk posting kali ni..seriously  selepas lama tidak memblog rasa macam susah sangat nak menulis. since entry ni pun dah berada diambang 2014..saya akan summarizekan segala yang berlaku dalam tahun 2013 dalam entry yang saya jangka akan jadi panjang ini ( bergantung kepada tahap kerajinan)

 Tahun 2013 ni boleh le dikatakan tahun yang agak mencabar bagi saya.. paling penting apa yang berlaku sepanjang tahun ni banyak merubah persepsi saya terhadap hidup..echehchehehe... bombastik pulak  ayat ni..

1. Tahun ni saya mendapat uban yang pertamaTahu.. tahu...x yah cakap... ramai orang muda muda dah ada uban.. tapi generasi saya ni tua baru beruban.pada 21 september 2013 bersamaan dengan 15 zulkaedah iaitu 2 hari sebelum harijadi saya yang ke 40 mengikut kalendar hijrah( kalendar masehi baru nak masuk 39) saya menyedari kewujudan uban pertama saya. padanlah dah 40. Rupa-rupanya bukan mat salleh je yang menganggap 40 ni usia yang istimewa tetapi dalam islam juga 40 adalah angka yang sangat significant. tengok jela... nubuwwah Rasullullah berlaku ketika usia baginda 40 tahun...Rasul rasul lain kecuali Nabi Isa dan Nabi Yahya juga diutus menjadi Rasul selepas usia 40 tahun.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Alqaf ayat 15:


حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang shaleh yang engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (Q.S. Al-Ahqâf: 15)

Para ahli tafsir berpendapat usia ini disebut dalam Alquraan kerana 40 tahun adalah usia yang benar-benar dewasa dan matang sepenuhnya.stabil dari segi fizikal dan mental.
Sabda Rasulullah (SAW):

سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد
Seorang hamba muslim bila usianya mencapai empat puluh tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai enam puluh tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepada-Nya. Bila usianya mencapai tujuh puluh tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai delapan puluh tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai sembilan puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang belakangan, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai “tawanan Allah” di bumi. (H.R. Ahmad)

Wednesday, June 19, 2013

Life begin at forty?

While i am writing this, today  i am exactly 38 years 6 months and 9 days. Counting the years, next year will be my 40th year. Time fly very fast... so people said life begin at forty? well.. 40 is such a big number. looking at Malaysian life span 40 is more than half of Malaysian life span ( latest number 75 for ladies and 73 for men). Are you sure want to begin your life at 40? hmmm...Why not look at forty as "close to the end"? 

40 is a significant number , Our prophet Muhammad(PBUH) received his first wahyu at the age of 40 on 6 of august 610M( 17 Ramadan)

OPRAH website list the things that one need to master at 40 : http://www.oprah.com/spirit/20-Things-Everyone-Should-Master-by-Age-40 which is for guys, ridiculously stupid...:-).

Those with big dream, we can look at 40 as  never too old, never too late...happy forties!!

Everbody is talking about it: Durian Crepe

Looks durian crepe has been a phenomena lately. I've found a recipe to make durian crepe somewhere and i ve suit it to my need... so peeps have my version of durian crepe, malas pulak nak speaking ni lagipun mat salleh tak makan durian...so resepi makcik hari ni dalam bahasa melayu la ye:

Untuk kulit (crepe)
250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning telur

Untuk filling:
1 cawan whipping cream (brand value pride paling sedap)
2. isi durian yang dilenyek. Jangan lenyek benda lain pulak dah namanya durian crepe.

Cara. Gaul2 je semua benda untuk kulitnya tu.guna standing mixer pun boleh nak mix ngan tangan pun bole kalau larat.kacau kasi sebati n tapis supaya x berketul nanti dapat crepe berpermukaan bulan pulak.whipping cream tadi pun putar jugak tapi awas jangan campur dalam tepung pulak.ketepikan whipping cream

Oleskan nonstick pan ngan minyak sikit. Pastu tuangkan adunan tadi macam nak buat lempeng. Make sure nipis tapi jangan nipis sangat sebab takut koyak… hah baru tau… nipis tapi tak nipis.. cammana nak buat tu… pandai2 korang le…angkat lempeng tadi. Aku letak dalam satu pinggan n lapis dengan plastik supaya tak melekat tapi kalau anda ada banyak pinggan boleh saja nak letak satu dalam satu pinggan.

Cara melipat.
Bentangkan lempeng. Makesure bahagian yang licin dan cantik tu kat bawah. Letak whipping cream. Then letak isi durian kat tengah. Pastu lipatlah. Banyak cara nak melipat ni… nak lipat cam kuih ketayap pun boleh atau boleh jugak lipat cam bantal Nampak cantik sikit. lipat sisi depan, lepas tu kiri n kanan, then lipat kebawah. Boleh letakkan crèpe ni dalam  acuan cup cake untuk kesan yang lebih dramatik…

sila cuba ye.. sila kenang daku ketika makan durian crepemu.


Tuesday, May 21, 2013

Atkin dietku

wheewwww...last week aku memberanikan diri naik atas penimbang lepas setengah tahun tak naik...mak aiii.... 59.99999999 kg( belum 60 lagi tau) tapi inilah berat terberat aku pernah dapat tolak waktu mengandung sepanjang aku hidup 38 tahun ni...naik penimbang tu pun lepas jantung tiba berdegup dengan peliknya lepas menamatkan 10km berbasikal bersama husband... sumthing must be wrong sumwhere... jadi... chesss... dengan bersemangatnya aku nak memulakan atkin dietku. ini hasilnya:

atkin diet day 1 : 21 may 2013
status: Fail
Reason( culprit): Gulai ikan semilang encik suami yang sedap giler... takkan nak makan ikan je.. kena la makan ngan nasik...

Atkin diet day 2: 22/5/2013
kita sama2 tunggu ye.. berhasil ke tidak...

nak update, tadi aku sarapan dengan 2 biji telur mata(sampai dua?) + sedikit scramble egg. minum pulak segelas susu... hehehe... kena la banyak untuk memastikan aku boleh bertahan tanpa menyelongkar drawer mencari biskut sebelum tengahari...tapi kan masuk2 start buat keja mata tak boleh bukak..so aku telah minum segelas kopi...huhuhu..cam nak fail jugak je hari ni...tu la patut2nya aku ikut encik suami posa hari ni.. bangun masak sahur kat dia tadi.. masa dia nak makan dia cakap jomla posa sekali..aku dengan brutalnya berkata..taknak la.... huhu.. bila la nak posa2 sunat cam orang2 tua lain ni...

oh rupanya makan telur 2 biji tu telah menyebabkan aku kenyang hingga ke tengahari.tapi lunch still kena makan. yang tak bestnya kalau tak ambik nasik dari org cafe hingga ke cashier hingga ke kengkawan mesti bertanya diet ke? ni lah soklan yang paling malas nak dijawab ketika diet tapi demi menjaga hati ku jawab jua... ye diet hehehe... tak baik menipu tau... so okeh.. untuk tengahari aku ambik 2 ketul ayam goreng potong kecik... so kalau nak ikut conversion lebih kurang 1/8 ayam kot. untuk sayur ambik sawi, masak sos tiram ..sos tiram tu mesti ada gula tapi kira halal dulu la untuk permulaan ni.. rasa sikit pulak so ambik nenas potong...dah lepas bayar baru teringat mana boleh makan buah atau sayur yang kandungan gulanya tinggi... hmm dilema betul..dah ambik siap bayar  takkan tak makan kot.. tapi akhirnya ku pejam mata dan tak makan...(mak mesti marah ni...membazir) minum teh tanpa gula. so tengahari berjaya... kita tengok malam pulak

18 june 2013
disini diishtiharkan atkin dietku telah gagal kerana:
1. aku telah muntah bertubi2 pada hari keempat dan kena marah dengan encik suami
2. berat aku statik tak turun turun sepanjang diet walaupun tak kantoi makan makanan terlarang.sebenarnya berat aku 58kg...exegerate je bila kata 59.999999.... nak bagi motivasi untuk kurus.2 minggu diet jadi 57.5 kg je... camni kalau membuang yang besar pun dah boleh kurang 500g.tak payah susah2 diet
3. aku tak tak tahan dengan durian yang banyak berkeliaran sekarang ni
4. anak2 aku asyik tanya... mama diet tapi kenapa? mama bukan gemuk pun...
5. kawan2 mencebik bila aku kata aku diet... kata mereka... hang nak diet..kami pun tak diet..
6. Last and foremost, aku rasa something wrong bila aku tengok piramid makanan. diet atkins ni macam piramid terbalik.. why? aku rasa tak senang hati dengan pola pemakanan luar tabie ni...

kesimpulannya diet atkin bukan untukku walaupun ia ternyata berkesan untuk orang lain... lagipun BMI aku masih 23 which is normal....jadi exercise je lah makcik oiiiii.... ADIOS

Sunday, April 28, 2013

anniversary like no others

Today is our 14th wedding anniversary and the most messy monday ever... hahaha... i got honked  countless time for driving recklessly today ( dont know what happen to me), i cannot finish my research that i suppose to submit last friday..:-( .. i have problem with my shop regarding the maintenance fee... and bla..bla.. now i know why people take leave on their anniversary.. so they will not have a messy anniversary like me...
Anyway... this is what i wrote the past 5 days.. but i dont post it coz i still have no gut to share..( looks like today i gain it already...:-))

" How i should start this entrance? which one is better. 1. today is another 5 days to our 14th  wedding anniversary, or 2. today is 14th day after my dearest hubby operation to remove the cancerous tumour from his tounge ( hubby was diagnosed with SCC tounge T1 and operation has been done to remove 2cm( diameter) of the back of his tounge).
well, definitely the first option sounds better yes...so dear Hubby..happy anniversary and 14 years together is the most glorious year in my life. Thanks for the love and care and i will definitely never find a true and sincerely love such as yours.thanks for the great life and good kids... above of all,  thanks for everything <3>life is just like this... one moment your life is full of laughter and joy and suddenly something unexpected happen.the distance between hapiness and torment is just the blink of the eye... but it is rare that life give you no option. option is always there. though , there are times in life when the understanding and strength are very much in demand. But Allah is always there, and like dearest hubby said, "there must be some hikmah in there, just be strong and have faith.stop crying and don't be sad, coz someday we will remember these days as just one of the phases in life." well yeah... it is.. come what may we will face it together, till death do us apart temporarily before in Jannah we will be together again, Insyaa Allah."


that's what i wrote last week...
so.. the grieving time is over now. come the fighting time, ah..all of us are  fighters right? if not we wont belong in this world.our existance was a result of one sperm which successfully won the fighting againts other million of sperms...:-)
this is time to  be  grateful. i am grateful that we detect it early while it is still in stage 1, i am grateful that Allah give us strength ( eventhough i almost fainted the first time i know it). I am grateful that Allah give me  strength to do whatever i have to do to help my husband ( hehehe... after 2 days of crying i never cry anymore).

Eventhough there are some  glitch in our daily life hapiness ( most of it involved food..:-) , i am grateful that my husband still have good appetite and still enjoy food). there are times when the kids said, lets go mama, treat us at seoul garden with your new salary ( i just got my salary increment..Alhamdulillah) and i have to say.. your Baba cannot eat meat so we have to think of other place..( emm..save my pockets in some way). there are times when we went to a holiday and i have to pack the blender and the leaves of belalai gajah(http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=280&cat=HERBA)  and green apple together with us because he is on the daily jus intake.now we are waiting for the result of the surgical margin, which should be known by this coming friday. if the surgical margin is clean no chemotheraphy or radiotheraphy needed. InsyaAllah.

today is also the first day dear hubby go back  to work after 3 weeks MC, that's why it is not appropriate for us to be on leave today...whatever happened.. i hope it will make our relationship stronger . we have been together for 14 years ( in marriage) + 3 years( before marriage). we have gone through hitch and glitch in life. so far we are still good...Insya Allah.

Thursday, April 18, 2013

dunia ini pinjam pinjaman

its has been exactly 10 days since my life has been shake by series of unexpected things. never cross my mind before  that ujian ini akan menimpa kami.8 april 2013 , early morning when i was driving to work, suddenly one thing cross my mind. my childhood life is full of difficulties, and my teenage years was not so pleasant as well ( eventhough not so bad). but since i was married my life was happy and full of laughter.i feel grateful and Syukur Alhamdulillah for all this gift of life.

but that afternoon i was shocked to death by a news.speechless and the only sound coming out from me at the moment is just weeping sound.it took me one day before  i recover and realize that i must be strong for the sake of my dearest husband. i need to be strong for him to be strong and be able to fight. This is a test from Allah and we will stand together to face it.Insyaallah we will always be together in this life till jannah. Dunia ini pinjam pinjaman, akhirat jua kekal abadi.