Exabytes beginner

Monday, August 25, 2014

Solat sunat rawatib


Dalam kesibukan duniawi dan tuntutan hidup yang tidak sepatutnya sering kita lupa tujuan sebenar kita berada di dunia ini tidak lain tidak bukan hanyalah beribada kepada Allah Arrahman. Memetik kata seorang ustaz jika umur sudah mencecah 40 tahun dan apa yang kita tunaikan sehari hari hanyalah solat lima waktu itu tidak cukup untuk kita menempah tiket ke syurga. Solat sunat rawatib adalah antara amalan yang dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah.
Solat sunat rawatib ialah solat - solat sunat yang dilakukan sebelum dan sesudah solat fardhu lima waktu.
Solat sunat rawatib terbahagi kepada dua bahagian.
A). Sunat muakkad iaitu sunat yang dikuatkan untuk diamalkan dan terdiri dari
1. Dua rakaat sebelum fardhu zohor dan dua rakaat sesudahnya.
2. Dua rakaat sesudah maghrib.
3. Dua rakaat sesudah isyak.
4. Dua rakaat sebelum subuh.
B). Sunat Ghairu Muakkad terdiri daripada
1. Dua rakaat tambahan selain muakkad sebelum zohor dan dua rakaat sesudahnya.
2. Empat rakaat sebelum fardhu Asar dengan dua salam , tidak ada sesudahnya.
3. Dua rakaat sebelum isyak dan dua sesudahnya tambahan kepada muakkad.
Cara mengerjakan solat rawatib itu , serupa juga dengan solat subuh . Cuma  bezanya:
1. Qunut tidak dibaca
2. Dilakukan sendirian tidak berjemaah.
3. Tidak didahului dengan azan dan iqamah.
4. Suara tidak dikuatkan
5. Keutamaan solat rawatib adalah dilakukan di rumah.
Solat-solat tersebut yang dikerjakan sebelum solat fardhu dinamakan Qabliyah dan dikerjakan  sesudah solat fardhu dinamakan Ba'diyyah.
Panduan melakukan solat sunat rawatib ialah:
1. Niatnya menurut jenis solat.
2. Tidak dengan azan dan qamat.
3. Tidak dengan berjemaah.
4. Bacaannya tidak dinyaringkan.
5. Jika lebih dari dua rakaat, tiap- tiap dua rakaat disertakan salam.
6. Sebaik-baiknya berubah sedikit dari tempat mengerjakan solat fardhu.


Rujukan:
1. 99 solat sunat, Salman Ameen Al-farisi, penerbitan seribu dinar.

No comments:

Post a Comment