Exabytes beginner

Monday, August 2, 2010

Budu Tumis

Hehehehe... since posting aku sebelum ni berkisar pasal budu .. ni aku nak share satu resepi budu tumis yang lazat. dulu2 masa kecik kami ni orang susah... budu ni kira makanan ruji kami la... abis kalau pagi makan budu tengahari budu, mlm budu gak maunya termuntah budu. jadi budu ni dipelbagaikan cara masakannya tak de la makan cam tu je.

Bahan-Bahan:
3 sudu makan budu (sebarang jenama)
4 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
Sebatang serai (diketuk)
3 biji cili kering (jika suka)(ditumbuk)
minyak untuk menumis
Cara:
Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk. Panaskan seketika sehingga naik baunya.Masukkan budu dan tumis sehingga naik minyak.

sedap ni... try deh... makan ngan nasik panas dan ulam2...bau budu yang kuat tu hilang bila ditumis.

fakta: budu adalah makruh...

4 comments:

  1. i love budu...mesti cuba ni! =) haha

    ReplyDelete
  2. cuba la maria...for budu lover sekali cuba pasti nak lagi...

    ReplyDelete
  3. Saya pun minat budu juga, maklum lah orang susah. Saya nak kongsi juga resepi Budu Tumis resipi mak saya.Nama sikit berbeza Budu Tumis Bertelur. Semua bahan dan kaedah sama cuma tambah asam keping. Bila dah mendidih tu terus pecahkan telur satu atau dua biji. Pasti lagi menyelerakan. Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  4. bunyi mace sedap je budu tumis bertelur ni...harus dicuba

    ReplyDelete