Exabytes beginner

Monday, August 16, 2010

Mudahnya nak buat kek aiskrim?


Tiba-tiba terasa nak makan kek aiskrim yang amat...sedapnya!!.. uikk...awal lagi ni pukul 12 pun belum lagi dah cerita pasal makan... tapi cerita je tau bukan makan pun. jadi aku pun riki2 la terjumpa pulak resepi kek aiskrim yang mudahnya... betul ke boleh jadi kek ni... macam tak percaya je ..tapi tengok gambar kat fotopage tu memang rupa kek la... balik nanti nak try buat la... tapi kalau buat balik nanti maknanya masa sahur baru boleh makan... oke ke makan kek aiskrim masa sahur... sejuk beku pulak perut makan ais pagi2.. anyway ni resepinya..campur2 je.. aku sendiri pun tak try lagi..kalau korang try dan menjadi jangan lupa pos komen ye..

kek aiskrim simple

Bahan-bahan ( 1 biji )
• 500ml ais krim vanila
• 250gram biskut coklat (nak pakai biskut lain pun takpe)
• 1/2 cawan almond (nak pakai kacang lain pun boleh)
Cara-cara
1. Satukan biskut dan kacang dalam sekeping plastik pembungkus
ketuk - ketuk kacang dan biskut tersebut sehingga agak hancur.
2. Putar ais krim sehingga kembang dan masukkan campuran biskut
dan kacang tadi sedikit demi sedikit
3. Tuangkan adunan tadi ke dalam sebuah loyang kek yang dilapikkan
dengan food wrapper terlebih dahulu.
4. Simpan pada bahagian sejuk beku semalaman

err.. jangan meleleh ayaq liuq noo... tengah posa ni...

Ni pulak resepi yang agak complicated sket yang diceduk dari Amni bakery
Bahan-Bahan:
8 biji kuning telur
4 biji putih telur
110 gm tepung Superfine
120 gm gula halus
120 gm badam halus
60 gm air
2 camca sedang minyak jagung
50 gm badam cincang
60 gm coklat urai
Bahan-bahan A (untuk aiskrim):
40 gm gula halus
2 biji kuning telur
180 gm susu segar sejuk1 camca teh vanila
Putar hingga pekat
Bahan-bahan B (untuk aiskrim):
180 gm krim putar
90 gm susu segar sejuk
1 camca teh vanilaPutar hingga pekat
Bahan-bahan C (untuk aiskrim):
80 gm gula halus
3 biji kuning telurDipukul hingga pekat
Bahan-bahan disapu di atas kek:
250 gm krim putar
100 gm susu segar
Cara:
Kacau kuning telur bersama sebahagian gula hingga kembang. Masukkan badam halus dan air. Kacau hingga rata. Kacau putih telur bersama sebahagian lagi gula hingga pekat. Masukkan tepung dan adunan kuning telur. Kacau hingga rata. Masukkan minyak jagung. Kacau lagi. Tuang adunan ke dalam acuan 25.40 sm x 25.40 sm (10 inci x 10 inci). Bakar 30 minit. Apabila kek masak sejukkan dan belah dua. Susun kek di dalam acuan berukuran 22.88 sm x 22.88 sm (7 inci x 7 inci). Tuang setengah bahagian aiskrim yang dibubuh coklat urai dan letakkan kek di atasnya. Tuang pula aiskrim yang dibubuh badam. Ratakan. Kemudian simpan di dalam kotak dingin beku enam jam.Cara membuat aiskrim:Satukan bahan-bahan A, B dan C. Kacau hingga sebati. Bahagi adunan dua bahagian. Satu bubuh badam cincang bakar dan satu lagi bubuh coklat urai.
Cara membuat bahan-bahan untuk disapu di atas kek:
Sejukkan kedua-dua bahan dan pukul hingga pekat. Kemudian sapu pada seluruh kek.

No comments:

Post a Comment