uhuuuhuhu.... generalnya tajuk posting kali ni..seriously selepas lama tidak memblog rasa macam susah sangat nak menulis. since entry ni pun dah berada diambang 2014..saya akan summarizekan segala yang berlaku dalam tahun 2013 dalam entry yang saya jangka akan jadi panjang ini ( bergantung kepada tahap kerajinan)
Tahun 2013 ni boleh le dikatakan tahun yang agak mencabar bagi saya.. paling penting apa yang berlaku sepanjang tahun ni banyak merubah persepsi saya terhadap hidup..echehchehehe... bombastik pulak ayat ni..
1. Tahun ni saya mendapat uban yang pertama. Tahu.. tahu...x yah cakap... ramai orang muda muda dah ada uban.. tapi generasi saya ni tua baru beruban.pada 21 september 2013 bersamaan dengan 15 zulkaedah iaitu 2 hari sebelum harijadi saya yang ke 40 mengikut kalendar hijrah( kalendar masehi baru nak masuk 39) saya menyedari kewujudan uban pertama saya. padanlah dah 40. Rupa-rupanya bukan mat salleh je yang menganggap 40 ni usia yang istimewa tetapi dalam islam juga 40 adalah angka yang sangat significant. tengok jela... nubuwwah Rasullullah berlaku ketika usia baginda 40 tahun...Rasul rasul lain kecuali Nabi Isa dan Nabi Yahya juga diutus menjadi Rasul selepas usia 40 tahun.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Alqaf ayat 15:
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Para ahli tafsir berpendapat usia ini disebut dalam Alquraan kerana 40 tahun adalah usia yang benar-benar dewasa dan matang sepenuhnya.stabil dari segi fizikal dan mental.
Sabda Rasulullah (SAW):
سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد
Seorang hamba muslim bila usianya mencapai empat puluh tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai enam puluh tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepada-Nya. Bila usianya mencapai tujuh puluh tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai delapan puluh tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai sembilan puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang belakangan, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai “tawanan Allah” di bumi. (H.R. Ahmad)