Saya selalu rasa cam great sangat kalau boleh semai pokok yang bukan pokok local..contohnya anggur epal ..pernah la tanam pokok anggur dari biji memang tumbuh tapi mati kekeringan tak sempat berbuah sebab lupa siram berhari hari..anggur yang ada kat rumah sekarang semuanya dari keratan batang.
Kali ni nak cerita pasal lemon yang saya semai dari benih lemon yang beli kat pasaraya..empat semai semua tumbuh tapi 3 mati kekeringan seperti biasa.yang tinggal satu ni je yang survive sampai besar. gambar ni masa dia berumur dalam 3 bulan camtu.. agak terbantut pembesarannya sebab tuannya asyik balik keja sampai rumah malam. Pokok ni pulak kat luar belakang rumah... seram den nak membelek malam-malam. Karang pokok yang dibelek lain pulak yang datang.
sila abaikan selipar jepun purple dan ibu jari saya... malas nak crop |
Potong pucuk konon konon nak bagi bercabang tapi yang tumbuh lurus je naik tak bercabang pun. |
Berserabut akar tumbuh dalam masa sebulan dua cam tu.. fuyyooo..gembiranya saya. |
Gambar last ni pokok lemon yang saya dah tanam kat tanah. gambar minggu lepas ni.. harap harap pokok ni akan berbuah. Umur lemon ni dah dekat nak setahun dah.