Exabytes beginner

Tuesday, March 17, 2015

Pengalaman di Raudhah

Alhamdulillah pada 10 Februari 2015  yang lepas Allah ubat  kerinduan saya pada junjungan besar Rasulullah SAW dengan mengizinkan saya menjejakkan kaki ke bumi Madinah seterusnya masuk ke Raudhah. Kerinduan pada junjungan besar Rasulullah semakin membuak buak semenjak mimpi yang pernah saya kongsi di:

Sabda Rasulullah SAW:
مَا بَيْنَ بَيْتِى وَمِنْبَرِى رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ   (رواه البخاري، رقم 1196 ومسلم، رقم 1391)
"Antara rumahku dan mimbarku terdapat taman di antara taman surga." (HR. Bukhari, no. 1196 dan Muslim, no. 1391)
Antara pendapat yang menafsirkan taman syurga sebagai:
1. Allah menurunkan rahmat pada tempat itu yang telah dijadikan tempat untuk berzikir dan bersolat mengingati Allah.
2. Tempat itu secara fizikalnya akan dibangkitkan pada hari akhirat kelak sebagai satu dari taman taman syurga.
3.  Orang orang yang pernah berdoa di Raudhah akan melihatnya di syurga.

Antara taman syurga di dunia yang boleh kita kita lawati ialah Raudhatul Jannah  di Masjid Nabawi dan halaqah atau majlis ilmu atau majlis zikir yang mengingati Allah.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tabrani, Rasulullah saw bersabda, "Apabila melewati taman syurga, hendaklah engkau duduk di situ. Istirahatlah kamu di situ." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah taman syurga itu?" Nabi menjawab, "Majlis-majlis ilmu

Kami tiba di Madinah pada malam  9 Februari  dengan penerbangan Saudi Airlines.setelah menempuh 10 jam perjalanan dari KLIA (transit 1 jam di Riyadh). Kira-kira jam 11 malam waktu Madinah. Dari lapangan terbang Prince Mohammad Bin Abdul Aziz,  kami disambut oleh mutawwif kami Ustaz Ahmad Tauhid Rambe dan dibawa ke Hotel Mubarak Silver. Malam itu mutawwif membawa jemaah lelaki memasuki raudhah. Manakala jemaah perempuan akan di bawa oleh ustazah pada pagi keesokan harinya.

Malam itu saya tidur agak awal dalam pukul 12:30 malam setelah membersihkan diri dan menyiapkan anak-anak. Bersama  impian menggunung untuk memasuki raudah keesokan harinya. Pukul 2.30 pagi saya terjaga ketika suami pulang. Katanya dia terkeluar dari kumpulan ustaz, menyertai kumpulan turki memasuki Raudhah, tersalah keluar pintu dan terpaksa tawaf keliling masjid Nabawi sebelum jumpa jalan pulang ke hotel. Hahaha.. Ujian pertama kata saya...

Keesokan harinya, 10 februari 2015,  pukul 4 pagi saya dan suami ke masjid untuk solat subuh. Subuh di Madinah kira-kira pukul 5:30 pagi, 4 anak saya biarkan berehat lama sedikit kerana kepenatan dalam penerbangan . Janji saya dengan adik lelaki saya akan menunggu ibu di depan Masjid Nabawi. Pukul 5 pagi saya keluar menunggu tetapi hingga azan subuh kedua kelibat ibu, ayah dan adik lelaki saya tidak kelihatan. Selesai solat subuh saya bergegass keluar dan menemui adik dan ayah saya di luar. Ibu tetap tidak kelihatan. Kata adik saya ketika masuk tadi ibu berkeras untuk masuk sendiri walaupun adik mahu menunggu saya. sebenarnya saya memang ada menunggu di situ tetapi pukul 5 pagi jemaah mula bersesak - sesak menyebabkan mereka tidak nampak saya. Hingga hampir jam 8 kami menunggu dan mencari namun ibu tetap tidak kelihatan. kami mengambil keputusan kembali ke hotel. Manalah tahu kalau-kalau ibu ada di sana. Kembali ke hotel kerisauan bertambah bila ibu tetap tiada disana. Ibu saya seorang yang buta huruf, pendengarannya kurang dan tindakannya juga agak lambat. Saya mengambil keputusan untuk mencari ibu di Masjid Nabawi dan membatalkan hasrat untuk mengikut kumpulan ustazah masuk ke Raudhah. Biarlah , mungkin bukan rezeki saya lagi. keselamatan ibu lebih penting.



Dalam berkira -kira untuk keluar semua ke Masjid Nabawi pintu diketuk dan petugas Andalusia membawa ibu yang dijumpai di pintu King Abdul Aziz, jalan ke hotel kami melalui pintu 25 , pintu Usman B. Affan. Rupanya dalam bersesak-sesak keluar lepas subuh , ibu telah tertukar pintu dan buntu mencari jalan pulang. Alhamdulillah  tandanama dan beg Andalusia (Travel Agent kami) di bawa bersama jadi mudah petugas Andalusia mengenalpasti beliau. Alhamdulillah masih sempat lagi untuk kami semua mengikut rombongan ustazah ke Raudhah. Anak saya yang paling kecil Alisha , 4 tahun setengah saya biarkan mengikut suami saya meronda keliling masjid Nabawi manakala 3 yang lain mengikut saya bersama masuk ke Raudhah.

Setelah sedikit taklimat ringkas kami seramai lebih kurang 30 orang,  dibawa kemasjid nabawi. Transit pertama sebelum ialah hadapan pintu sebelum masuk laluan ke Raudhah di situ ustazah mengarahkan kami solat dhuha dahulu kerana bimbang tidak berkesempatan solat di Raudhah. Ketika itu anak sulung Alani, 15 tahun,  berbisik, mama wuduk habis. Cepat-cepat saya suruh dia ambil wuduk menggunakan botol spray yang memang dibawa. Anak saya di jenis malu-malu alah sikit kata orang, ditariknya adiknya ke belakang tiang untuk berwuduk padahal semua jemaah perempuan sahaja di situ. Ketika mereka berdua di belakang tiang ustazah mengarahkan  kami semua pindah ke transit kedua. Ketika itu saya dan ibu agak panik mencari-cari anak saya tapi saya bergerak juga sambil berpusing -pusing mencari-cari di belakang. Alhamdulillah mereka mengikut.

Di transit kedua ini kami menjadi kumpulan Asia Tenggara yang terakhir. Ustazah bertanya mahu masuk cepat atau mahu masuk lama? Mahu lama ustazah kata saya. Ok kata ustazah kalau mahu lama biar kita jadi kumpulan terakhir. Kami menunggu agak lama di situ. kesempatan di gunakan untuk solat dhuha, dan membaca Alquran, selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah. Banyakkan selawat Insyaallah masa di Raudhah akan di mudahkan kata ustazah. Itu yang saya pegang, saya pastikan mulut tidak putus-putus berselawat kepada junjungan besar Rasulullah kerana saya amat rindu ingin berada pada tempat yang paling hampir dengan Baginda. Anak-anak dan ibu juga saya pesan begitu. Ketika ini ustazah mengingatkan tidak semua karpet hijau  itu termasuk dalam Raudhah. Hanya bahagian kiri mimbar sahaja. Sedangkan karpet hijau itu di bentangkan hingga ke hujung. Jadi apabila masuk tujulah bahagian kiri mimbar. Banyak kejadian di mana jemaah solat di karpet hijau di bahagian kanan mimbar kerana menyangka itu sebahagian dari raudhah. Kita tidak mahu rugi begitu kata ustazah.

Alhamdulillah lebih kurang pukul 11 pagi, kami pindah ke transit ke 3 , kami menuju ke bahagian kiri mimbar, berada di karpet merah sebelum Raudhah. Dari karpet merah itu kami berjalan secara bersesak sesak ke depan hingga tidak sedar tiba-tiba bila menunduk ke bawah, Subhanallah di bawah kaki saya ialah karpet hijau Raudhah. Ya Allah aku sudah masuk ke dalam Raudhah bisik hati kecil saya. Ketika itu tidak semena-mena hati di pagut sayu, Air mata merembes keluar tanpa di sedari.
"Assalamulaika ayyuhannabi yuwarohmatullah hi wabarokatuh" Ya Rasulullah aku umatmu datang ke rumahmu, terimalah aku sebagai umatmu dan berilah aku syafaatmu."
Hingga ketika entri ini di tulis airmata masih mengalir keluar. Hanya yang pernah melalui pengalaman indah di Raudhah akan memahami. Saya berpusing pada anak-anak dan ibu di belakang " Kita dalam Raudhah sekarang ..ucapkan salam pada Rasulullah.."

"Solli ya Ibu...Solli..."  kata polis masjid di belakang saya. Saya cuba mencari  dalam kesesakan untuk mencari sedikit ruang untuk rukuk dan sujud. Kerana tidak berjumpa ruang saya kepung ruang untuk ibu solat dahulu. ketika menjaga ibu solat tiba ruang di hadapan saya menjadi lapang. Ketika itu terbuka kesempatan saya untuk solat. Saya solat dhuha 2 rakaat. Selesai ibu solat anak-anak saya berganti-ganti solat. Alhamdulillah kesemuanya di berikan kesempatan oleh Allah untuk solat di Raudhah. Pesan saya pada ibu dan anak-anak  baca doa selepas tahiyyat , sebelum salam, jika tidak kita akan dihalau jika berdoa selepas salam.Jika sujud terlalu lama sambil berdoa juga akan di halau keluar.

Usai solat ibu dan anak-anak bergerak kembali ke belakang di karpet merah. Ketika saya sedang berjalan sebelum keluar dari karpet hijau tiba-tiba ruang sekeliling saya menjadi lapang. Saya tidak membuang masa terus mengangkat takbir menunaikan solat sunat mutlak 2 rakaat lagi. Selesai solat kawasan sekeliling masih agak lapang  lagi, saya ambil kesempatan menunaikan 2 rakaat lagi solat sunat mutlak. Selesai solat, saya ingat cukuplah 6 rakaat yang Allah rezekikan pada saya hari ini. Berilah peluang dan kesempatan pada orang lain pula. Saya bergerak ke tepi tiang untuk berdiri dan berdoa. Tips ini saya dapat dari ustazah yang memberikan kursus umrah. Katanya kalau mahu berdoa lama berdiri rapat-rapat pada tiang, takkan ada yang menghalau kita. Saya berdiri dekat dengan tiang dan berdoa.Ketika berdoa itu sekali lagi kawasan di hadapan saya menjadi lapang. saya terus tunaikan 2 rakaat lagi di situ. YaAllah Alhamdulillah  8 rakaat yang aku tunaikan di Raudhah ini moga dapat membantu aku untuk masuk ke Taman SyurgaMu di Akhirat nanti.

"Khalas ya Ibu... Masa habis.." Kata polis. Raudhah kepada jemaah perempuan akan di tutup lebih kurang 1 jam sebelum masuk waktu zohor. Saya keluar." Puas hati?" tanya Ustazah yang sedang menanti saya di karpet merah sambil menepuk bahu saya.."Alhamdulillah Ustazah...Allah beri rezeki.." " Mari ustazah tunjukkan pemisah Raudhah."  Ketika itu ustazah membawa saya ke bahagian yang menampakkan mimbar. Nampak garisan tiang  tengah pada bumbung itu itu kata ustazah. Itulah sempadan Raudah. Sayangnya saya tidak sempat mengambil gambar. Mungkin kunjungan yang lain akan saya cuba snap gambarnya.

Ustazah dan saya bergerak ke tempat di mana ahli kumpulan yang lain sedang menanti..kami bergerak keluar , minum air zamzam dan seterusnya keluar ke perkarangan masjid untuk mengucap salam kepada ahli Jannatul Baqi' , perkuburan yang menempatkan jenazah ahli-ahli syurga. Sesungguhnya pengalaman pertama saya di Raudhah amat manis dan akan terpahat dalam ingatan saya sehingga nafas ini  terhenti.

Masa amat terbatas..saya akan sambung di lainkali pengalaman saya memasuki raudah kali kedua. sila singgah lain kali untuk sambungannya..:-)
 
Ok untuk menunaikan janji saya akan ceritakan pengalaman kedua saya memasuki Raudhah. Sebenarnya tiada apa yabg istimewa ,cukup untuk mendapat pengalaman memasuki selepas subuh. Kalau pada kunjungan