Exabytes beginner

Wednesday, September 24, 2008

Today is 25th day of fasting. Last night i have a dream, old and repeated dream, keep me awake in the middle of the night.The good thing was i woke up early for sahur....There must be a good reason for a thing to happen. There will come a time when we can always look back gratefully...without hesitation

Wednesday, September 10, 2008

Tapi yang ni paling best..

untuk husband yang tersayang, bagi poem ni sebagai jawapan kat dia... hahaha..

Antara Musim

i
Ketika musim mengorak warna
merah mendung berlalu
melakarkan untaian sepi
yang terkubur ketika angin salju
mencuri masuk melalui jendela

Kalimah mengungkapkan erti
tersirat di antara
pautan hati yang berderai
mengalirkan darah tanpa warna

kata termetri lagi
antara sangsi dan percaya
sering rasa pun pecah
mengundang curiga dan keliru

Bukan tidak mahu
menoktah kata dan mengikat setia
dengan hadirmu
berulangkali kukatakan
hati sering berdetak
dengan rentak sumbang
yang memercikkan curiga
kala hatiku kau sapa
debar pun memuncak
menanti kata
yang telah kehilangan makna....



ii
Di antara susunan puspa
mekar mengolah warna
mencorakkan batas ilusi
menggali dan mengambus mimpi
hati tersinggah di sini
kala musim semi
mendinginkan panas mentari
menghangatkan embun di hujung rumput

Dititik noktah ini
kuberikan padamu hatiku, hidupku dan jiwaku
untuk kau lorekkan dengan warna pilihanmu
yang ku pinta hanyalah rentetan perjalanan
menuju sebuah inderaloka impian
membuahkan cinta

Di sini rasa keras telah menepi
terimalah sekeping hati.....

julai 96

it's friday again

It's friday again dan seperti biasa la x de mood nak wat keja la hari ni.semalam selongkar selongkar webpage lama terjumpa poem yang aku tulis 13 years back. agaknya time frust kot masa ni ...hahahaha...sekarang ni kalau suh tulis benda macam ni sepuluh hari pun x boleh tulis lagi ni...deen kata otak dah jadi otak teknikal dah , x leh nak jiwang2 lagi.

Di dalam hujan di bukit ini
Mendung menutup cerah
Titis hujan menutup ceria
didalam hujan dibukit ini
hati hilang meriahnya
Redup bertampung
Memecah derita


Bersama titis hujan di bukit ini
Tidak pernah pula aku
Aku cuba menyongsong curiga
Menongkah setia
Menconteng keriangan
Memupuk benih suram
Pada cintamu


Dibukit ini bersama hujan
Aku kehilangan..............
Cuba mencari dimana punca
Hingga cinta pudar warnanya.

Julai 95

The most beautiful things

The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched. They must be felt within the heart.
-Helen Keller
US blind & deaf educator (1880 - 1968)

Tuesday, September 2, 2008

Ramadan 1429

Today is the 3rd day of Ramadan. We're spending the nite here in Penang as the bridge was so damned jammed last nite.The kids raised early , masa sahur lagi semua dah bangun.sejuknya kat rumah ni...rasa macam ngeri je nak mandi as we havent install the water heater yet... hmmm... this weekend nak kena korek balik water heater tu kat dlm stor...cha yang suka mandi pun tak nak mandi pagi kat sini.our house is facing the hill...sekali angin datang memang sejuk sangat.

This ramadan..reminds me of so many things... so many memories...but i just hope this Ramadhan, my pray will be answered like the previous 2 Ramadhan, Insyaallah.It's about time to realize how lucky i am, blessed with a good life and good people around me.

p/s: teringat satu article yang aku baca last few days by one of our famaous local writer/motivator : bila suara hati kita didengari oleh pasangan kita, it means that our mind is so much synchronize. hmmm...looks like my mind and deens is so much synchronize now... hahaha...