orang selalu tanya, tak bz ke mama , boleh jahit sendiri baju untuk anak2..korang semua pun tahu mama memang bz..dengan kerja mama, dengan bisness mama... mama bukan ada maid macam kengkawan mama yang lain.. rasanya mama je yang takde maid... bznya mama sampai pergi kerja usahkan nak bermekap, pakai bedak pun tak sempat. habis kalau bz kenapa susahkan diri , sampai stay up menjahit tengah2 malam...lepas masak sahur menjahit lagi..kengkadang bila bangkit untuk masak sahur mama rasa malas nak tahajud sebab nak masak cepat2 dan sambung menjahit, bersusah payah mama melawan rasa malas itu..supaya kedua2 tanggungjawab mama sebagai hamba dan ibu dapat mama penuhi.
tak de duit ke mama sampai kena jahit baju sendiri.. korang pun tahu mama bukan tak ada duit,walaupun mama bukan le jutawan ..hehe.. walaupun kengkadang bila korang mintak macam2 mama selalu kata mama takde duit.bila mama jahit baju walaupun sehelai sahaja seorang dan selebihnya mama beli, sebab mama tak mampu menjahir lebih dari sepasang.. mama nak korang tahu mama menjahitnya dengan penuh kasih sayang. Mama nak korang merasa pakai baju jahitan mama sendiri walaupun senget dan tak sepertinya. Bila korang semua besar dan mama dah tiada lagi, kenangan memakai baju jahitan mama sendiri akan tetap terpahat abadi dalam ingatan korang.macam baba selalu ingat dia memakai baju jahitan ibunya. yang mama harapkan cuma jadilah anak2 yang solehah dan doakan untuk mama dan baba selalu, agar mama dan baba mendapat kebahagian di dunia dan akhirat itu sudah memadai bagi kami.
No comments:
Post a Comment