Looks durian crepe has been a phenomena lately. I've found a recipe to make durian crepe somewhere and i ve suit it to my need... so peeps have my version of durian crepe, malas pulak nak speaking ni lagipun mat salleh tak makan durian...so resepi makcik hari ni dalam bahasa melayu la ye:
Untuk kulit (crepe)
250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning telur
Untuk filling:
1 cawan whipping cream (brand value pride paling sedap)
2. isi durian yang dilenyek. Jangan lenyek benda lain pulak dah namanya durian crepe.
Cara. Gaul2 je semua benda untuk kulitnya tu.guna standing mixer pun boleh nak mix ngan tangan pun bole kalau larat.kacau kasi sebati n tapis supaya x berketul nanti dapat crepe berpermukaan bulan pulak.whipping cream tadi pun putar jugak tapi awas jangan campur dalam tepung pulak.ketepikan whipping cream
Oleskan nonstick pan ngan minyak sikit. Pastu tuangkan adunan tadi macam nak buat lempeng. Make sure nipis tapi jangan nipis sangat sebab takut koyak… hah baru tau… nipis tapi tak nipis.. cammana nak buat tu… pandai2 korang le…angkat lempeng tadi. Aku letak dalam satu pinggan n lapis dengan plastik supaya tak melekat tapi kalau anda ada banyak pinggan boleh saja nak letak satu dalam satu pinggan.
Cara melipat.
Bentangkan lempeng. Makesure bahagian yang licin dan cantik tu kat bawah. Letak whipping cream. Then letak isi durian kat tengah. Pastu lipatlah. Banyak cara nak melipat ni… nak lipat cam kuih ketayap pun boleh atau boleh jugak lipat cam bantal Nampak cantik sikit. lipat sisi depan, lepas tu kiri n kanan, then lipat kebawah. Boleh letakkan crèpe ni dalam acuan cup cake untuk kesan yang lebih dramatik…
sila cuba ye.. sila kenang daku ketika makan durian crepemu.
No comments:
Post a Comment