Exabytes beginner

Tuesday, December 23, 2014

Penghulu Istighfar (Sayyidul Istighfar)


Saya teringat  hujung tahun 2013 anak saya yang baru balik dari kem anak soleh minta saya carikan penghulu istighfar dan print sebab dia hilangkan kertas yang diberi semasa kem  tu. saya janji akan print tapi hingga hari ini janji tinggal janji. Weekend lepas, baru dengar kat kuliah subuh sesiapa yang amalkan penghulu istighfar ini di waktu pagi jika dia meninggal pada hari itu akan terlepas dari azab neraka. Begitu juga bila dibaca sebelum tidur jika dia meninggal pada malamnya akan terlepas dari azab neraka. Baru diketuk pintu hati ini untuk sama sama menghafal dan mengamalkan penghulu istighfar ini. sekarang masih belum hafal betul -betul lagi..masih kena tengok screen bila nak baca.Menyesal pula rasanya tak cepat cepat bagi masa anak minta dulu. Tapi itulah milik Allahlah hati kita ini. Hidayah dan petunjuk boleh diberi atau ditarik bila-bila masa sahaja.

Sama sama kita amalkan dan semoga Allah menyelamatkan kita semua dari Azab nerakaNya

No comments:

Post a Comment