Exabytes beginner

Wednesday, January 21, 2015

Perjanjian Manusia dengan Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

saya baru menonton video Dr Zakir Naik  di bawah:



Apa yang menarik dari video ini ialah bagaimana Dr Zakir menjawab soalan seorang lelaki atheis. lelaki ini bertanya:

 " Allah telah mencipta seluruh alam ini , soalan saya sebelum Allah mengambil keputusan untuk untuk mencipta alam ini, mencipta langit dan bumi , mencipta Adam dan Hawa dan mencipta Nabi Muhammad , sebelum Allah merancang untuk mencipta segalanya bukankah Allah telah mengetahui apa yang akan berlaku. Dia mengetahui sebahagian manusia akan masuk syurga dan yang lain akan ke neraka.Sebahagian akan patuh sebahagian akan engkar. Jika Allah telah mengetahui apa yang akan berlaku, Mengapakah Dia meneruskan ciptaannya. Adakah Allah itu sangat sarkastik ? Jika saya percaya Allah itu maha berkuasa dan mengetahui segala - galanya saya percaya segalanya mudah bagi Allah. Penciptaan gunung  -gunung langit, alam dan isinya adalah semudah menyebut "Kun". Jadi jika segala-galanya mudah bagi Allah mengapa Allah mahu kita mengagumi ciptaannya yang hanya mudah baginya? Apa yang hebat sangat bagi Allah"

Soalan kedua:
"Mengapa Allah menyediakan syurga untuk di huni oleh sebahagian manusia sahaja? Mengapa Allah tidak menyediakan syurga yang cukup untuk semua manusia. Adakah Allah sesadis itu?"

Jawapan Dr Zakir:
Jika guru memberikan peperiksaan dan dia menulis soalan 2+2 =? Jika tiba-tiba guru itu nampak seorang pelajarnya menulis 2+2=5 pada jawapannya apa yang akan terjadi jika guru itu membetulkan jawapan seorang pelajar ketika peperiksaan? Apa pandangan pelajar lain?

begitu juga kita. Allah menciptakan malaikat yang tidak pernah mengingkari perintah Allah. Manusia walaubagaimanapun adalah ciptan yang lebih hebat dari malaikat. Malaikat tidak dikurniakan dengan hawa nafsu dan sentiasa taat menurut perintah Allah. Justeru kerana manusia adalah ciptaan Allah yang lebih  baik dari yang lain Allah telah mengurniakan hawa nafsu kepada manusia.

Ketika ini lelaki atheis tersebut  mencabar jawapan Dr Zakir dengan mengatakan jika Allah tahu dengan hawa nafsu itu manusia akan menjadi engkar kenapa tidak saja mencipta semua makhluk tanpa hawa nafsu seperti malaikat?

Jawapan Dr Zakir:
Itulah yang dikatakan ciptaan yang berbeza. Saya ingin bertanya yang mana lebih baik , malaikat  yang tugasnya menjalankan perintah Allah mengikut suruhan Allah atau manusia yang mempunyai hawa nafsu mengikut perintah Allah? Yang mana lebih baik?

Lelaki itu mencelah: Jika diberikan peluang kedua saya akan memilih untuk menjadi malaikat.

Dr Zakir: Tepat sekali, jika diberikan peluang kedua. Sebab itu Allah SWT telah berfirma dalam surah Al-A'raf ayat 172:


Surah Al-Araf, Ayat 172:
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَىٰ شَهِدْنَا أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".


Surah Al-Hashr, Ayat  21:
لَوْ أَنزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya"


Surah Al-Ahzab, Ayat 72:
إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

diantara semua makhluk kita manusia memberi kesanggupan untuk di uji demi menjadi makhluk yang terbaik. Kita memberikan kesanggupan untuk diuji ketika ditanya oleh Allah.Jika kita berjaya lulus ujian kita akan menjadi yang terbaik. Al Quran mengatakan kita adalah makhluk yang bodoh kerana sanggup melakukan perkara yang tidak perlu dilakukan.

Pemuda itu berkata : Tiada siapa yang bertanya pada saya. Mereka bertanya kepada Adam dan Hawa , bukan kepada saya.

Kata Dr Zakir : Tidak..AlQuran menyatakan semua manusia ditanya. kemudian ingatan tentang perkara ini dipadamkan. Jika memori ini dikekalkan pasti tiadalah manusia yang menjadi engkar dan sesat. Kita yang ada hari ini adalah kita yang memilih untuk diuji. Jika kita taat dan patuh kepada perintah Allah ketika diuji di dunia ini kita akan menjadi lebih mulia dari malaikat sebaliknya jika kita engkar kita akan menjadi lebih hina. Kita, awak dan saya ingin mendapat keputusan yang cemerlang. Pasti kita tidak mengingatinya. Awak tidak mengingatinya. Saya juga tidak mengingatinya tetapi saya percaya kepada Al-Quran. Sebagaimana Firman Allah:

Surah Al-Mumenoon, Ayat 99:
حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -

Surah Al-Mumenoon, Ayat 100:
لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Tiada seorang pun manusia akan menentang pengadilan Allah. Hanya mereka akan merayu kepada Allah supaya mereka diberikan satu peluang lagi untuk menebus kesilapan di dunia. Malangnya peluang hanya ada di dunia kita berdosa, kita berpeluang bertaubat . Sebaik sahaja kita meninggal dunia tiada lagi peluang untuk kita.

Jadi untuk soalan kenapa Allah menciptakan manusia. Jawapannya ialah kerana manusia adalah ciptaan yang lebih baik. Secara logiknya awak dan saya harus bersetuju manusia yang mempunyai hawa nafsu yang lulus cemerlang adalah ciptaan yang lebih baik dari malaikat yang tidak mempunyai hawa nafsu dan tidak diuji. Tidak mengapa jika anda tidak mengingai perjanjian sebelum kita ke dunia ini. Bila kita berdua meninggalkan dunia ini kita akan berjumpa lagi dan ketika itu anda akan berkata "Saya mengingatinya".  Al Quran tidak akan silap. kerana jika anda dengar ceramah saya sebelum ini 80 peratus daripada kandungan  Al-Quran adalah bertepatan dengan fakta sains. 20 peratus lagi berada di tengah-tengah, tidak betul dan tidak salah. Jika 80 peratus adalah 100 peratus tepat dan 0.1 peratus daripada 20 peratus tidak dapat dibuktikan salah, Secara Logik,saya berani mengatakan yang 20 peratus itu juga adalah tepat. Saya adalah seorang yang logikal dan saintifik, jadi saya percaya pada fakta dalam AlQuran.

Lelaki ini masih tidak puas hati , dia  bertanya lagi: Tetapi saya tetap tidak ingat saya pernah ditanya. adakah awak ingat?

Dr Zakir mengulangi lagi jawapannya: Jika awak mendengar jawapan saya tadi, saya pun tidak mengingatinya. Tetapi jika kita mengingatinya, bermaknakah ujian itu?  Begini, jika seorang guru ingin memberi ujian kepada muridnya dan dia membenarkan muridnya membuka buku ketika ujian itu dijalankan adakah ujian itu bermakna? Selepas ujian dijalankan bolehkah kita membuka buku? Ya boleh kan tetapi adakah kita boleh menjawab kembali soalan ujian itu? Pasti tidak boleh. Tetapi adakah kita boleh membuka buku ketika peperiksaan ? Tidak boleh kan.Jika kita berbuat begitu itu dipanggil menipu.

Jadi selepas ujian ini jika awak masih tidak ingat, Awak boleh memberitahu Allah awak tidak mengingatinya. Tetapi AlQuran telah memberitahu tiada seorang manusia pun yang akan menentang pengadilan Allah. Jadi hari ini sebagai orang yang logikal dan saintifik, berdasarkan pengetahuan saintifik saya , berdasarkan pemikiran logik saya , serta berdasarkan kajian saya terhadap Alquran dan kitab-kitab lain, saya mengatakan tiada kitab lain yang membicarakan ujian ini. Jadi saya yakin pada Al-Quran.

Untuk soalan kedua yang mengatakan Allah itu sadis ,saya ingin menegaskan Allah tidak sadis. Sebagai analogi, jika saya ingin pelajar saya masuk ke kolej perubatan, adakah semua pelajar dalam satu sekolah dapat masuk ke kolej perubatan? Tidak kan? hanya sedikit yang berjaya, boleh saya katakan hanya 5 peratus yang akan berjaya. Kenapa pulak saya membina kolej perubatan yang haya mampu dimasuki oleh 5 peratus pelajar jika saya mampu membina kolej perubatan yang boleh dimasuki oleh semua pelajar di sekolah itu? ok.. kolej hanya untuk yang terpilih sahaja.

Sama seperti Allah menyediakn syurga, jannatul firdaus contohnya. Tidak semua orang boleh masuk ke syurga firdaus.

Pemuda, bertanya dengan nada sedikit tinggi: Kenapa Tidak?

Dr Zakir: Kenapa semua orang tidak boleh masuk ke kolej perubatan?

Pemuda: Sebab itu kapasiti manusia.

Dr Zakir: Tidak orang boleh masuk kolej perubatan . Jika awak pintar ia amat mudah bagi awak. Awak mesti jujur kepada diri sendiri. Sesetengah orang merasakan dirinya pintar. Jika awak pintar awak pasti dapat melihat kebenaran ini sebenar-benarnya. Jika kebijaksanaan saintifik dan pemikiran logik itu menjadikan awak seorang atheis, kebijaksanaan itu juga sepatutnya boleh awak menemui kebenaran. Jadi saya akan berkata Allah itu sadis.Saya akan berkata kita inilah yang bodoh kerana memilih untuk diuji. Allah memberi pilihan kepada kita, kita yang memilihnya. Kita yang bertanggungjawab sepenuhnya diatas pilihan kita.

Pemuda: Untuk bahagian kedua soalan saya, mengapa Allah ingin mengagumi ciptaannya yang lain, yang pada Allah mudah untuk dilakukan?

Dr Zakir:
Dalam Surah Hashr Ayat 21 Allah telah memberikan gambaran jika gunung yang kuat pun tidak sanggup untuk menganggung bebanan diuji, mengapakah kita ini, manusia dengan tidak bijaknya sanggup menghadapinya?

Adakah Allah memerlukan kekaguman dan pujian kita untuk menjadi lebih kuat? Tidak sama sekali kerana Allah maha berkuasa.Allah menyuruh kita melihat kebesarannya  kerana sebagai manusia , sifat semulajadi kita akan mengikut dan mengambil contoh dari orang yang kita puja. Sebagai contoh jika ibu kita sakit jantung dan dirawat oleh seorang doktor yang tidak terkenal. Pada masa yang sama kita tahu  doktor X adalah pakar jantung paling berprestij, adakah kita akan mengikut nasihat Dr X atau nasihat doktor yang tidak terkenal itu?

Pemuda: Pasti Dr X

Dr Zakir: Kenapa ? kerana Dr X terkenal, semua orang tahu. Jadi sebab  dalam solat kita perlu mengucapkan Allahuakbar, Allah maha berkuasa, Allah Maha bijaksana, adakah Allah mendapat faedah darinya? Tidak sama sekali, sebaliknya itu untuk kita sendiri. Jika kita menyembah Allah kita akan taat pada Allah. Jika kita taat pada Allah kita akan ke syurga. Adakah pujian-pujian itu memberi kesan kepada Allah. Tidak. Allah tidak memerlukan kita. Kita yang memerlukan Allah.

Surah Fussilat, Ayat 53:
سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

Pemuda: Saya faham penerangan di atas. Cuma adakah saya patut mengaguminya kerana saya tahu Allah maha berkuasa dan itu semua amat mudah baginya?

Dr Zakir:
Itu semua mudah bagi Allah tetapi bagi manusia, ia adalah mustahil. Allah memberikan segala contoh ini, gunung bintang matahari proton elektron, dna  dan sebagainya sebagai perbandingan. Jika semua ini dibanding manusia yang dikatakan sebaik baik kejadian, tidakkah kita akan mengaguminya? jika segala ciptaan Allah yang disebutkan itu adalah luarbiasa bagi kita, tidakkah kita patut mengagumi Allah yang menciptakan kita?

Pemuda: Jika awak memberikan saya 100 dolar , adakah saya patut mengagumi awak?

Dr Zakir: Jika Bill Gate memberikan awak 100 dolar adakah awak merasa takjub? soalannya mengapa Bill Gate mahu memberikan awak 100 dolar? Jika awak beritahu saya entah sesiapa memberikan awak 100 dolar, saya tidak akan merasa kagum. Tetapi jika awak beritahu saya Bill Gate memberikan awak 100 dolar, pasti saya mengaguminya. soalannya kenapa dia berikan kepada awak? kenapa tidak kepada yang lain?

Pemuda: Saya faham. Saya tidak patut mengagumi pemberiannya tetapi saya patut mengagumi dia yang memberi.


No comments:

Post a Comment