Assalamualaikum / Selamat malam
Alhamdulillah hari ni ramai yang dah terbuka CMnya ya.... Tahniah..semoga terus semangat untuk menghasilkan content yang lebih berkualiti. Sama dengan yang lain acik pun tertunggu-tunggu juga... manalah tahu ada rezeki minggu ni , tapi belum sampai masanya lagi. Jadi Acik review semula syarat untuk profile FB pro untuk dapat CM:
"Syarat Monetisasi di Facebook Professional Mode (Profil FB Pro)
Minimum 5,000 pengikut pada profil yang telah diaktifkan mod profesional.
Minimum 30,000 tontonan video berdurasi sekurang-kurangnya 1 minit dalam tempoh 60 hari terakhir.
Kandungan yang boleh dimonetisasi bukan sahaja video, tetapi juga reels, gambar, dan posting teks selagi memenuhi polisi monetisasi Facebook.
Ciri monetisasi termasuk Facebook Stars, langganan (subscriptions), iklan in-stream pada video dan reels, serta ciri lain yang tersedia dalam mod profesional.
FB Pro direka untuk membantu pencipta kandungan peribadi membina jenama dan menjana pendapatan terus dari profil mereka tanpa perlu membuat halaman perniagaan berasingan."
Dah tu kenapa belum dapat lagi?? dia datang rasa nak masuk gua merajuk jugak la dah tua-tua ni...main-main pulak dengan kita penat kita penuhkan syarat.
Rekod setakat 11/6/2025
Followers : 6600
Total Views : 539,293
Tontonan video >= 1 minit : 35,233
tempoh dalam FB pro : 35 hari ( mula 7/5/2025)
jadi Acik check semula :
Sebab Utama Akaun Anda Belum Menerima Undangan Monetisasi Walaupun Memenuhi Syarat
1. Proses Undangan Bersifat Rawak dan Berperingkat
Facebook memberikan undangan monetisasi secara rawak dan berperingkat, ia tidak diberikan secara automatik selepas anda memenuhi syarat. Malah, ada pencipta kandungan yang kurang aktif boleh mendapat undangan lebih awal berbanding yang aktif. Ini bergantung pada algoritma dalaman Facebook dan masa yang tidak tetap.
2. Usia Akaun Profesional Masih Terlalu Muda
Usia akaun Facebook Professional Mode dikira sejak anda mengaktifkan mod profesional, bukan sejak akaun Facebook dibuat. Jika usia akaun profesional anda kurang daripada 60 hari, kemungkinan besar undangan monetisasi belum diberikan.
3. Kadar Interaksi dan Engagement Kurang optimum
Facebook lebih cenderung memberi undangan kepada akaun yang mempunyai interaksi tinggi seperti banyak ‘likes’, komen, dan perhubungan aktif dengan pengikut. Konsistensi memuat naik kandungan berkualiti (3-5 kali sehari) dan berinteraksi dengan audiens membantu mempercepatkan penerimaan undangan monetisasi.
4. Pematuhan Terhadap Polisi Monetisasi dan Standard Komuniti
Jika akaun anda pernah melanggar polisi monetisasi atau standard komuniti Facebook, seperti memuat naik kandungan yang tidak mesra pengiklan (contoh: keganasan, ujaran kebencian, kandungan sensitif) atau pelanggaran lain, ini boleh menunda atau menghalang undangan monetisasi.
5. Bahasa Kandungan dan Isu Teknikal
Tidak semua bahasa disokong untuk monetisasi Facebook. Pastikan kandungan anda menggunakan bahasa yang termasuk dalam senarai bahasa yang disokong oleh Facebook. Selain itu, pastikan tiada isu teknikal atau sekatan pada akaun anda melalui Professional Dashboard atau Creator Studio.
6. Syarat Teknikal dan Pentadbiran Belum Lengkap
Selain jumlah pengikut dan tontonan, terdapat syarat lain seperti durasi video minimum 3 minit untuk iklan in-stream, jumlah minit tontonan tertentu, dan tetapan pembayaran yang perlu lengkap. Pastikan semua syarat ini telah dipenuhi dan disahkan.
Tengok No 2 dan no 6, memang tak lepas lagi sebab baru sangat FB tukar akaun ke mode professional. Baru 35 hari, kira terlalu muda la katanya. masih baby lagi kot. Ada tak yang dapat CM sebelum akaun 60 hari? yang No 6 pulak video semua pendek-pendek je dalam 1-5 minit. reels pun pendek-pendek semput semput je...
Tak jadilah acik merajuk. Jom terus semangat buat content lagi. Kita santai-santai saja sambil berkongsi apa yang kita suka. Sapa yang ada bisnes atau buat affiliate , sambil buat content boleh iklankan bisnes. Ni nak bagitau sale kedai oren acik naik banyak sejak aktif buat content walaupun tak iklan directly pun dalam video-video tu. pandaila viewers cari sendiri atau tanya kat komen.
So.... jangan give up ya semua.... terus semangat...kalau rezeki kita memang takkan kemana. Paling utama... kita usaha jangan menyerah.
#fypjangkauanluas
#fypシ゚viralシfypシ゚viralシalシ
#fypageシ
#fypシ゚viralシfypシ゚
#fypchallenge
#fbpro
No comments:
Post a Comment