Salam jumaat sayyidul ayyam.sedikit perkongsian kuliah subuh hari mengenai cinta Rasul.
Antara sunnah Rasulullah ialah membaca surah As-sajadah dan surah Al insan ketika solat subuh hari jumaat. Kedua dua surah ini menceritakan tentang hari kiamat yang akan berlaku pada hari jumaat. Kita dianjurkan mengamalkan sunnah ini . semoga dengan peringatan seminggu sekali ini akan menghindarkan kita dari lalai terhadap Allah dan RasulNya.
Setelah kewafatan Rasulullah SAW. Umat islam menjadi hilang arah kerana berada dalam kesedihan yang amat sangat. Suasana mula menjadi tidak keruan. Ketika itu Saidina Abu Bakar Assidiq mencium jenazah Rasulullah yang telah kaku. Beliau kemudiannya telah naik ke mimbar dan berucap.ww
"Sesiapa yang cintakan Muhammad..Muhammad telah mati..sesiapa yang cintakan Allah Allah tetap hidup selama lamanya" Beliau kemudiannya membaca ayat ini
Para sahabat mendengar ayat tersebut seolah olah ia baru pertama kali dibaca padahal ayat tersebut telah lama di turunkan dan dihafal oleh mereka.Maka tenanglah kembali para sahabat yang berada dalam keadaan kacau bilau.
Kata Abu Hurairah setelah kedatangan Rasulullah bercahayalah Madinah .tetapi setelah kewafatan rasulullah hilanglah cahaya dari Mekah dan Madinah
Saidina Bilal bin Rabah berada dalam kesedihan hingga tidak dapat melaungkan azan setelah kewafatan Rasulullah. Beliau telah berhijrah keBaghdad. Ketika kembali menziarahi makam Rasulullah beliau telah di minta oleh cucu Rasulullah saidina Hussain untuk melaungkan azan. Setelah azan dilaungkan oleh Bilal keluarlah penduduk Madinah berduyun duyun dan bertanya adakah Muhammad telah hidup kembali? Begitulah kecintaan yang amat tinggi para sahabat terhadap Rasulullah SAW
No comments:
Post a Comment