Exabytes beginner

Monday, January 13, 2014

Maulidurrasul

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْه

ِSalam  ...Selamat menyambut maulid nabi maulidurrasul semua.Sekarang INI setiapkali tibanya maulidurrasul isu yang dibahaskan di mana mana  ialah tentang wajar atau tidak kita menyambutnya? Bertahun tahun isu yang sama dibahaskan hanya menimbulkan pertelingkahan yang tidak berkesudahan.

Pandangan peribadi saya ingatlah pesanan Hassan AlBanna jangan berbahas dengan isu kecil yang akhirnya menimbulkan perselisihan faham dan sengketa berpanjangan . Lihat saja golongan yang mengatakan sambutan bidaah. Kesungguhan mereka mengatakan itu bidaah dan tidak patut disambut menyebabkan mereka mencaci maki golongan yang menyambutnya

Rasulullah SAW junjungan kita di puterakan pada 20 april 571 masehi pada  suatu subuh isnin yang sunyi.pendapat mengatakan jika ditukar kepada kalendar hijrah ( tahun pertama hijrah bersamaan dengan 622 masehi) tarikh kelahiran Rasulullah tersebut ialah 9 hingga 12 rabiulawal. Di negara ini kita sepakat menetapkan 12 rabiulawal sebagai tarikh maulidurrasul. Rasulullah wafat  pada isnin 12 rabiulawal.

Kita disarankan mengingati Rasulullah setiap hari bukan hanya pada hari kelahiran baginda sahaja. Namun dengan adanya sambutan maulidurrasul kita dapat menggunakannya sebagai platform untuk  kita memperbaharui niat dan hasrat kita untuk terus mengikuti sunnah dan ajaran Rasulullah.

Selamat menyambut keputeraan junjungan mulia Muhammad Rasulullah. Semoga hari hari mendatangkan akan menghadirkan cinta kepada Rasulullah di jiwa saya ...cinta yang sukar hadir walaupun telah diundang.

Sedikit perkongsian kuliah subuh pagi tadi mengenai kisah Salman Alfarisi. Perjalanan seorang hamba pilihan dalam mencari redhanya.mengalir air mata mengenang kesungguhan hati yang mencari redha khaliknya.

Salman Alfarisi berasal dari Iran dan seorang parsi penyembah api. Suatu hari ketika memarakkan api yang disembahnya api tersebut telah menyambar tangannya hingga melecur. Peristiwa ini membuatkan Salman berfikir.. Tuhan apakah yang memberi kecelakaan kepada hamba yang disembahnya. Salman mula mencari tuhan yang sebenarnya. Pencarian itu membawanya ke Rom.Salman lalu memeluk agama kristian dan tinggal bersama gurunya seorang pendita. Setelah kematian pendita tersebut barulah salman menyedari pendita yang disanjungnya itu menyembunyikan harta yang disumbangkan kepada biara untuk kegunaan sendiri. Salman akhirnya menyerahkan kembali harta tersebut kepada yang berhak. seperti yang di pesan oleh gurunya salman berguru pula dengan pendita yang lain

Setelah beberapa lama berguru dengan pendita kedua akhirnya pendita itu jatuh sakit. Beliau telah berpesan kepada kepada Salman hanya ada seorang lagi pendita yang jujur mengikut ajaran nabi Isa as. Salman pergi berguru kepada pendita ke 3 setelah kematian pendita kedua. Setelah beberapa lama pendita ketiga pula sakit. Menjelangkan kematiannya beliau telah berpesan kepada Salman .Selepas kematianku tiada lagi pendita lain yang lurus mengikut ajaran nabi Isa as. Namun tidak mengapa kerana masanya sudah dekat...akan bangkit Rasul terakhir di suatu tempat di mana banyak terdapat pokok kurma.

Salman akhirnya mengembara hingga akhirnya beliau sampai ke Tanah Arab. Beliau berhenti di suatu tempat yang ada banyak ladang kurma. Tempat itu ialah Thaif. Malangnya Salman telah ditangkap dan dijual sebagai hamba untuk bekerja di sebuah ladang kurma.

Suatu hari ketika Salman sedang berada di atas pokok kurma mendebungakan kurma , sepupu kepada tuan Salman datang menemui tuannya yang berada di bawah pokok kurma yang dipanjat oleh Salman.

Dari atas pokok Salman telah terdengar perbualan keduanya. Perbualan itu mengenai seseorang yang mengaku nabi dan sedang berdakwah di kota. Terkejut dengan perkabaran tersebut Salman telah terjun dari pokok kurma dan bertanya untuk mendapatkan penjelasan malangkan telah ditampar oleh tuannya kerana mencampuri perbualan mereka .

Salman berusaha mendapatkan Rasulullah yang ketika itu berlindung dari balingan batu dan hinaan penduduk Thaif. Menurut guru salman cara untuk mengenal Nabi itu ialah dengan 3 cara jika diberikan sedekah ia akan menolak. Jika diberikan hadiah dia akan menerima. Satu tanda lagi ialah terdapat tanda kenabian di badan dibawah lengannya(ketiak).

Salman menghampiri Rasulullah yang ketika itu bersama sy Abu Bakar dan menghulurkan kurma seraya berkata " Ya tuan terimalah sedekahku ini" Rasulullah menolaknya tetapi menyuruh abu bakar menerima dan makan kurma tersebut. Keesokan harinya Salman datang lagi dan menghulurkan kurma kepada Rasulullah sambil berkata "Ya Tuan terimalah hadiahku ini" Rasulullah lantas mengambil kurma itu dan memakannya. ketika Rasulullah makan Salman berusaha untuk melihat tanda kenabian yang terdapat di bawah ketiak Nabi sehingga baginda sedar tingkah laku itu.

Rasulullah bertanya " Adakah ini yang engkau cari " Sambil mengangkat lengannya. Ketika itu ternampak lah oleh Salman tanda kenabian tersebut. Beliau lantas memeluk dan mencium Nabi. Beliau terus mengucap dua kalimah syahadat.

No comments:

Post a Comment