Hari ni encik suami berbuka bersama rakan sekerja ... punya fikir apa nak masak untuk juadah berbuka hari ni..nak yang simple dan tak memenatkan sebab masa suami takde kat rumah boleh bermalas malas sikit..ehehe..jadi tadaaaa..kek batik biskut marie la yag menjadi kesukaan anak anak..untuk dinner pulak...buat nasik goreng kampung je...sahur nanti baru masak lauk.
Okeh..resepi kek batik biskut memang pelbagai. Ni versi saya yg mudah dan sedap.
Bahan bahannya
1.1/2 tin susu pekat
2. 2 Cawan milo
3. 3 biji telur
4. 125g mentega(1\2 bar 250g)
5. sebungkus biskut marie 300g(patahkan)
Oleh kerana masa nak buat tadi milo dah tinggal saki baki saya gantikan secawan lagi milo dengan secawan horlick...harap2 jadi sedap jugak...sama2 la menunggu waktu berbuka nanti..so instead of 2 cawan milo saya gunakan 1 cawan milo dan 1 cawan horlick. Ada jugak yang guna 1 cawan milo dan 6 sudu besar serbuk koko. Warna akan jadi lebih gelap dan cantik.
Caranya
1. Panaskan kuali masukkan susu pekat , telur yang dah dipukul, milo dan mentega ke dalam kuali dan cairkan. Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Guna api sederhana.
2. Setelah semuanya sebati , matikan api.masukkan semua biskut marie yang telah dipatahkan tadi.kacau hingga semua biskut tersalut.
3. Masukkan kedalam loyang atau bekas kek.Tekan dan padatkan. Masukkan kedalam peti ais selama 2 hingga 3 jam sebelum dihidangkan.
Tak sabar aihh nak tengok anak anak makan waktu berbuka nanti....
No comments:
Post a Comment