Exabytes beginner

Monday, July 21, 2014

Palestin- bumi yang dirahmati

Salaam saudara saudariku
Ketika tulisan ini ditulis telah pun masuk hari yang ke 15 serangan regim zionis laknatullah ke atas bumi Gaza. Angka syahid setakat ini 573 orang dengan ribuan yang lain tercedera. Tahun 2014 ini menyaksikan penentangan sengit dari mujahidin palestin menentang tentera Israil. Mayat mayat yang hancur tidak sempurna mewarnai dinding mukabuku setiap hari. ALLAH HUAKBAR besarnya ujianMu YaAllah pada hamba hamba pilihanmu. Peperangan ini secara peribadi banyak mengingatkan saya pada ingatan di awal awal usia ketika.mula mengenali palestin. Khemah shabra dan shatila di bom zionis laknatullah ketika saya berada di darjah dua atau tiga.  Bermula dari situlah perkenalan saya dengan palestin. Tambahan pula hati kanak kanak saya begitu tersentuh mendengar lagu langit shatila yang dinyanyikan oleh Zubir Ali.

Peperangan kali ini juga menyaksikan gabungan antara briged briged tentera yang kita tidak pernah tahu selama ini (saya tidak tahu). Yang kita kenali cuma briged izzaddin Al Qassam. Itupun setelah setahun dua kebelakangan ini IKIM FM  kerap memutarkan lagu perang kumpulan ini Rijalul Qassam. Lagu yang menjadi kegemaran anak kecil saya yang baru berusia 4 tahun.

Dalam keresahan kita dengan nasib saudara saudara kita di bumi palestin, saya sangat berterima kasih dengan badan badan seperti Aman Palestine, Aqsa syarif dan beberapa yang lain yang terus menjalankan misi kemanusiaan mereka disamping memberikan maklumat terkini berkenaan dengan peperangan yang semakin sengit. Ketika menyusuri komen komen di mukabuku aman palestin saya sedari ramai antara kita yang mempunyai pengetahuan mengenai apa yang berlaku di palestin selama ini.Maklumat ini saya persembahkan untuk rujukan peribadi. Semoga perkongsian ini ada manfaatnua.

HAMAS
Apakah atau siapakah Hamas?
Hamas adalah singkatan daripada Harakat AlMuqawamma Al Islamiyya yang bermaksud gerakan pembela Islam. Ia diasaskan oleh Sheikh Ahmad Yassin pada tahun 1987. Ia merupakan bahagian dari Gaza ikhwanul mukminin. Ketua tertingginya kini ialah khaled Marshal dan Ismail Haniya(Haniyeh). Hamas merupakan parti memerintah setelah memenangi pilihanraya pada tahun 2006. Ismail Haniya dilantik sebagai perdana menteri Palestin. Namun pada jun 2007 parti lawan Fatah yang diketuai oleh Mahmud Abbas dengan gesaan dan tekanan dari Amerika Syarikat dan sekutunya telah membubarkan parlimen dan memecat kerajaan palestin bersatu yang dikuasai oleh Hamas. Konflik antara Fatah dan Hamas telah menyebabkan banyak pertempuran antara dua parti bertelagah ini.

No comments:

Post a Comment