Setiap kali balik berjalan mesti ada perasaan nak tulis blog and share tapi setiapkali tu la tangguh tangguh hingga akhirnya tak jadi jadi.. hmm very typical of me.. susah nak buang betul habit bertangguh ni.
Hingga pagi tadi radio IKIM keluarkan gambar ni. Perghhh... terasa hingga ke sum sum tulang ... memang ego rupanya orang yang suka bertangguh ni... tidak... aku tidak mahu menjadi manusia yang ego. Banyak sangat dan benda yang ditangguh dalam hidup ini. Nak tangguh sampai bila ?? Sampai satu hari malaikat Izrail datang mengetuk pintu ke? dah la umur pun dah nak senja dah.... hehe

Jadi dengan berat tulangnya saya akan share pengalaman semalalam di gunung jerai yang saya rasa best jugakla. Manala tahu ada yang nak bersama bersejuk sejuk di puncak Jerai juga.
Last sekali pergi gunung jerai 12 tahun yang lalu. Masa tu anak baru sorang dan anak sulung baru setahun lebih. Baru dapat kaki orang kata. penat jugaklah berkejar kejaran dengan dia dibukit bukau tu.Masa tu yang ada hanya jerai resort je. Sejuk tetap sama je dengan sekarang . Pagi pagi berkabus juga. So masa tu memang relax je la kat sana. Aktiviti sekadar sight seing dan mengejar anak je la.
So this year setelah 12 tahun tiba-tiba rasa nak kesana lagi. Bukannya jauh pun about 1 jam perjalanan je dari rumah kami di seberang jaya. Encik suami pakai www.booking.com untuk book stay kat sini. Susah nak dapat bilik. kami book sebulan lebih awal baru dapat. Jadi pada 25 oktober 2014 berangkatlah kami sekeluarga ke gunung jerai( cheee..macam jauh je bunyinya kan). Ni gambar sebaik saja sampai. Lepas encik suami parking kereta anak-anak bininya sibuk suruh ambik gambar.




![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() | ![]() |
Paling saya suka gambar ni.. pemandangan senja dari balkoni bilik kami. Maaflah gambar dari lensa jurukamera tak pro (Suami saya selalu mengutuk skill kelaut saya ni)
Makan malam memang tak banyak choice, kat cafe hotel sahaja. Kalau family ramai mungkin boleh bawak makanan sendiri... bawak dapur gas steamboat and bahan mentah sendiri ( ada peti ais), baru puas makan ramai-ramai. Silapnya saya tak dengar nasihat suami. So kena la makan kat hotel, Nasi goreng biasa satu pinggan rm 14, spaghetti untuk budak-budak rm10 satu pinggan. so Makan malam untuk berenam RM78. Jeles pulak tengok orang bilik sebelah bentang tikar makan ramai-ramai kat balkoni. Malam memang sejuk... untuk anak-anak yang ada asma atau masalah pernafasan, get ready dengan baju sejuk dan stokin ye...Anak-anak memang enjoy stay kat sini and minta nak datang lagi ( Maknanya best la tuu..)
Encik suami tersilap ambik bilik yang tak masuk breakfast (RM185 untuk bilik ada 3 katil queen ) . Jadi untuk buffet breakfast kena tambah RM120. Makanan cuma roti bakar dan nasi lemak. tak berapa berbaloi tapi anak anak memang dah set mind kalau bercuti kena makan buffet breakfast.
On the way turun kami singgah kat muzium perhutanan. Dulu memang tak ada muzium ni... Okeyla untuk mengenal jenis kayu, jenis batu..kami ni jenis suka muzium...
Depan sekali ni anak no 2. Birthday ke 11 dia 24 oktober, so ni kira hadiah birthday jugakla secara kebetulan...heheh...
kesimpulannya percutian ni memang best. Terima kasih encik suami.