Hari itu 20 oktober 2014 saya demam. Sebenarnya saya ni jenis yang susah demam. Alhamdulillah Allah kurniakan kesihatan yang terbaik untuk saya agar tugas dan urusan saya di dunia ini menjadi lebih mudah. Hampir setahun saya tidak demam kecuali selesema sedikit bila cuaca bertukar sahaja.
Setelah menelan 2 biji panadol actifast pagi itu saya cepat cepat menyiapkan tugas utama saya menyediakan makan tengahari untuk 4 anak saya yang sedang bercuti dan suami yang setiap hari pulang makan tengahari di rumah. Hari itu hari pertama cuti seminggu sempena deepavali. Ketika anak anak dan suami sedang makan saya terlelap di ruang tamu setelah menelan 2 biji actifast lagi.
Ketika tidur itu saya bermimpi berada disuatu keadaan bila saya terlihat seekor lipan bara yang sangat besar. Puas berusaha untuk cuma membunuh lipan bara itu akhirnya lipan masuk kemulut saya dan saya tertelan lipan itu. Perasaan tersumbat dan tersekat bila tertelan lipan itu membawa saya hingga terjaga dari tidur.. Berkali kali saya beristighfar kerana mimpi yang aneh itu. Dek keletihan dan kesan ubat saya tertidur sekali lagi.
Ketika itulah saya di datangi mimpi ini. Saya berada di tengah tengah padang pasir yang luas. Hanya ada sebuah rumah dari batu atau tanah liat berbentuk 4 segi yang berwarna hijau kekuningan ( warna tanah). Di tepi rumah itu ada sepohon tamar. Saya berada di depan rumah itu. Keadaan saya tidak kemas dan agak comot dengan pakaian yang tidak berapa terurus. Saya duduk di atas tanah di depan rumah itu. Saya tahu didalam rumah itu ada beberapa orang sedang bercakap cakap dan saya tahu Di dalamnya ada Rasulullah SAW. Saya tidak tahu berapa lama saya berada di situ hingga tiba tiba pintu terbuka dan keluar seorang lelaki. lelaki itu memandang saya dan berkata. "Rasulullah SAW berkata...." Malangnya saya lupa apa yang dikatakannya. Yang saya ingat diakhir pesanan itu lelaki itu berkata Astaghfirullah. Dan saya terjaga.
Saya jadi gementar dengan mimpi yang tidak pernah saya alami selama ini. Mungkinkah ini peringatan kerana banyaknya dosa saya selama ini. Sesungguhnya saya amat rindu untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Tapi mimpi ini sangat membuat saya kesal kerana saya tidak dapat mengingat apa pesanan Baginda untuk saya. Mungkin amalan saya selama ini masih jauh dari cukup hingga pesanan itu tidak dapat saya ingati.
No comments:
Post a Comment