Setiap kali balik berjalan mesti ada perasaan nak tulis blog and share tapi setiapkali tu la tangguh tangguh hingga akhirnya tak jadi jadi.. hmm very typical of me.. susah nak buang betul habit bertangguh ni.
Hingga pagi tadi radio IKIM keluarkan gambar ni. Perghhh... terasa hingga ke sum sum tulang ... memang ego rupanya orang yang suka bertangguh ni... tidak... aku tidak mahu menjadi manusia yang ego. Banyak sangat dan benda yang ditangguh dalam hidup ini. Nak tangguh sampai bila ?? Sampai satu hari malaikat Izrail datang mengetuk pintu ke? dah la umur pun dah nak senja dah.... hehe

Jadi dengan berat tulangnya saya akan share pengalaman semalalam di gunung jerai yang saya rasa best jugakla. Manala tahu ada yang nak bersama bersejuk sejuk di puncak Jerai juga.
Last sekali pergi gunung jerai 12 tahun yang lalu. Masa tu anak baru sorang dan anak sulung baru setahun lebih. Baru dapat kaki orang kata. penat jugaklah berkejar kejaran dengan dia dibukit bukau tu.Masa tu yang ada hanya jerai resort je. Sejuk tetap sama je dengan sekarang . Pagi pagi berkabus juga. So masa tu memang relax je la kat sana. Aktiviti sekadar sight seing dan mengejar anak je la.
So this year setelah 12 tahun tiba-tiba rasa nak kesana lagi. Bukannya jauh pun about 1 jam perjalanan je dari rumah kami di seberang jaya. Encik suami pakai www.booking.com untuk book stay kat sini. Susah nak dapat bilik. kami book sebulan lebih awal baru dapat. Jadi pada 25 oktober 2014 berangkatlah kami sekeluarga ke gunung jerai( cheee..macam jauh je bunyinya kan). Ni gambar sebaik saja sampai. Lepas encik suami parking kereta anak-anak bininya sibuk suruh ambik gambar.
Lepas check in kami ke bilik. Yang bestnya bilik kami hujung betul betul depan swimming pool dan playground. Depan bilik tu jugak ada pelantar untuk tengok pemandangan hutan dan matahari terbenam. "Hmm... bolehla lepak lepak bermalas malas kat bilik masa anak anak main kat playground atau mandi kolam.." Angan-angan saya yang akhirnya telah tinggal angan-angan sebab anak anak nak mandi ke ..nak main ke tetap nak seret mama ikut sama...anak yang sulung pulak dan besar kan... nak jiwang-jiwang jalan sorang-sorang...apa barang kalau kena jaga adik kat playground.
Depan bilik swimming pool. Satu yang dalamnya dalam 1.2 meter. satu lagi untuk budak-budak kecik. Yang lecehnya tinggal adiknya yang kecik sorang saja mandi kat kolam kecik yang lain pandang pun tak ingin kolam cetek itu. Jadi terpaksala mamanya melepak tepi kolam cetek ni saja. Airnya mak aiii..memang sejuk gedik .. disarankan mandi selepas zohor sebab masa tu dah panas sikit. Kalau mandi pagi masa kolam mula-mula buka pukul 10 pagi tu memang sangat sejuk. Dengan angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa dari lembah di bawah sana....
Lepas mandi kami jalan jalan tengok pemndangan. Memang cantik pemandangan dari puncak jerai ni. dari atas sini baru kita sedar sebenarnya negeri kedah ni masih kaya dengan sawah padinya yang saujana mata memandang. Sebenarnya gambar kamera encik suami lagi best tapi kamera saya yang ni je la yang ada. Jadilah ye...Teringat pulak perbualan dengan adik saya. dia kata sekarang ni orang dah mula nampak balik prospek padi. Kalau dulu sibuk menukar tanah bendang menjadi projek perumahan sekarang ramai taikoon yang pajak tanah bendang yang terbiar untuk ditanam kembali dengan padi. Bawah ni pula pemandangan sekitar resort. Bromeliads everywhere...
Alhamdulillah, masa kat sini juga lepas maghrib saya telah khatam bacaan Al-Quran saya bersama terjemahan yang telah saya mulakan setahun setengah yang lalu. Memang lama betul nak habiskan bacaan dengan terjemahan ni berbanding dengan bacaan Quran sahaja.. bagi saya la. Selepas maghrib, tinggal saya dan anakk-anak di bilik, suami ke surau resort, Sedang saya mulakan semula bacaan saya dari surah Al Baqarah kembali..(kena kick start cepat-cepat sebaik sahaja habis takut didatangi penyakit M), anak-anak menjerit memanggil, mama mama cepat ambik gambar ...cantik ni...
Paling saya suka gambar ni.. pemandangan senja dari balkoni bilik kami. Maaflah gambar dari lensa jurukamera tak pro (Suami saya selalu mengutuk skill kelaut saya ni)
Makan malam memang tak banyak choice, kat cafe hotel sahaja. Kalau family ramai mungkin boleh bawak makanan sendiri... bawak dapur gas steamboat and bahan mentah sendiri ( ada peti ais), baru puas makan ramai-ramai. Silapnya saya tak dengar nasihat suami. So kena la makan kat hotel, Nasi goreng biasa satu pinggan rm 14, spaghetti untuk budak-budak rm10 satu pinggan. so Makan malam untuk berenam RM78. Jeles pulak tengok orang bilik sebelah bentang tikar makan ramai-ramai kat balkoni. Malam memang sejuk... untuk anak-anak yang ada asma atau masalah pernafasan, get ready dengan baju sejuk dan stokin ye...Anak-anak memang enjoy stay kat sini and minta nak datang lagi ( Maknanya best la tuu..)
Encik suami tersilap ambik bilik yang tak masuk breakfast (RM185 untuk bilik ada 3 katil queen ) . Jadi untuk buffet breakfast kena tambah RM120. Makanan cuma roti bakar dan nasi lemak. tak berapa berbaloi tapi anak anak memang dah set mind kalau bercuti kena makan buffet breakfast.
On the way turun kami singgah kat muzium perhutanan. Dulu memang tak ada muzium ni... Okeyla untuk mengenal jenis kayu, jenis batu..kami ni jenis suka muzium...
Depan bilik swimming pool. Satu yang dalamnya dalam 1.2 meter. satu lagi untuk budak-budak kecik. Yang lecehnya tinggal adiknya yang kecik sorang saja mandi kat kolam kecik yang lain pandang pun tak ingin kolam cetek itu. Jadi terpaksala mamanya melepak tepi kolam cetek ni saja. Airnya mak aiii..memang sejuk gedik .. disarankan mandi selepas zohor sebab masa tu dah panas sikit. Kalau mandi pagi masa kolam mula-mula buka pukul 10 pagi tu memang sangat sejuk. Dengan angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa dari lembah di bawah sana....
Lepas mandi kami jalan jalan tengok pemndangan. Memang cantik pemandangan dari puncak jerai ni. dari atas sini baru kita sedar sebenarnya negeri kedah ni masih kaya dengan sawah padinya yang saujana mata memandang. Sebenarnya gambar kamera encik suami lagi best tapi kamera saya yang ni je la yang ada. Jadilah ye...Teringat pulak perbualan dengan adik saya. dia kata sekarang ni orang dah mula nampak balik prospek padi. Kalau dulu sibuk menukar tanah bendang menjadi projek perumahan sekarang ramai taikoon yang pajak tanah bendang yang terbiar untuk ditanam kembali dengan padi. Bawah ni pula pemandangan sekitar resort. Bromeliads everywhere...
Paling saya suka gambar ni.. pemandangan senja dari balkoni bilik kami. Maaflah gambar dari lensa jurukamera tak pro (Suami saya selalu mengutuk skill kelaut saya ni)
Makan malam memang tak banyak choice, kat cafe hotel sahaja. Kalau family ramai mungkin boleh bawak makanan sendiri... bawak dapur gas steamboat and bahan mentah sendiri ( ada peti ais), baru puas makan ramai-ramai. Silapnya saya tak dengar nasihat suami. So kena la makan kat hotel, Nasi goreng biasa satu pinggan rm 14, spaghetti untuk budak-budak rm10 satu pinggan. so Makan malam untuk berenam RM78. Jeles pulak tengok orang bilik sebelah bentang tikar makan ramai-ramai kat balkoni. Malam memang sejuk... untuk anak-anak yang ada asma atau masalah pernafasan, get ready dengan baju sejuk dan stokin ye...Anak-anak memang enjoy stay kat sini and minta nak datang lagi ( Maknanya best la tuu..)
Encik suami tersilap ambik bilik yang tak masuk breakfast (RM185 untuk bilik ada 3 katil queen ) . Jadi untuk buffet breakfast kena tambah RM120. Makanan cuma roti bakar dan nasi lemak. tak berapa berbaloi tapi anak anak memang dah set mind kalau bercuti kena makan buffet breakfast.
On the way turun kami singgah kat muzium perhutanan. Dulu memang tak ada muzium ni... Okeyla untuk mengenal jenis kayu, jenis batu..kami ni jenis suka muzium...
Depan sekali ni anak no 2. Birthday ke 11 dia 24 oktober, so ni kira hadiah birthday jugakla secara kebetulan...heheh...
kesimpulannya percutian ni memang best. Terima kasih encik suami.
No comments:
Post a Comment