Exabytes beginner

Friday, February 8, 2008

Selangkah ke Alam M I S T E R I



Selangkah ke Alam Misteri: S A K A


Sekarang aku sebenarnya tengah tengok SAKA kat www.tv3.com.my ni... tapi sebab dah lepas pukul 12 mlm ni dan sorang2 kat bawah ,aku cuma berani bukak dan dengar suara je ...hahaha..lepas tu tulis blog...dengar suara je tak de seram sangat.Tengok ni pun sebab kes x de kerja ni...Dalam citer SAKA ni diorang ni apa ke benda sebenarnya... Ghost buster ke apa? Sapa yang baya gaji diorang ni sebenarnya?..Pak din tu ke?...abis tu pak din dapat duit kat mana untuk baya diorang ....hmmm...agaknya dia ni memang orang kaya yang x tau nak buat apa ngan duit dia kot hahaha...at least tu le persoalan yang menjelma kat fikiran aku masa tengok citer ni..

But the most interesting caption that i extract out from this story is : SAKA ni adalah waris tanpa rela. Hmm... it's like something that happened to my sister and my father. Bukannya diorang nak pun benda2 cam tu.But according to one of the Makcik yang mengubat adik aku, generasi aku ni dah generasi terakhir menerima saka ni sebab menurut dia la...bendalah ni jangkahayat dia lebih kurang 7 keturunan manusia. Dan daripada 3 tu cuma satu je yang masih agak kuat lagi, while another 2 could be too weak or either dead.hehehe... blog hari kiranya selangkah ke alam misteri la ek...

I have a few personal experience in dealing with this... tapi terasa agak seram sejuk nak menulis di tengah2 malam macam ni.to believe it or not, depend on u guys.. but i know it's hard to believe unless u experience it urselves.But believe it or not, that things came to me a few years back ( in my dream la...kalau datang betul mau terkencing aku), dengan marahnya bagitau aku degil sebab x nak terima dia dan memungkiri janji keturunan aku untuk menjaga dia.Dlm marah tu dia cakap kenapa dia tak dapat menguasai aku,tapi dapat menguasai adik aku..and the reason it gave is so simple...sebab aku selalu qada solat yang tertinggal dan tak pernah lupa baca bismillah masa nak makan. It could be just dream...or it could be true...but i hold to it until now.Dan benda ni juga boleh dijadikan senjata yang ampuh untuk mengusik adik-adik yang malas sembahyang...hahaha...Tapi apa-apa pun bagi aku, benda yang paling penting untuk menghindar dari syaitan terkutuk ni hanyalah iman dan amalan yang berterusan dan ikhlas kepada Allah.

But one thing i know for me la... jangan la nak buat lawak ngan benda ni. There's one time in 2004 when we first open our plan nursery. I have a hard time dealing with lazy worker yang selalu sangat curi tulang...so one day aku cakap kat hubby susah betul nak handle budak ni... then my hubby cakap: cam tu panggil hantu raya tuk nor le datang tengok-tengok kan..." memang aku marah betul kat deen masa tu. Dan malam tu memang datang dalam mimpi betul-betul suruh aku menerima khidmat dia.Sampai berpeluh-peluh menjerit tok sir..tok sir masa bangun tu (dia ni cakap kelantan ngan aku). Lepas tu aku memang bagi amaran kat deen, jangan lagi sekali-kali membuat lawak kapak cam tu lagi.my hubby ni memang suka buat lawak pasal hantu raya tuk aku ni, biasa la org bandar ni susah nak terima benda2 cam ni.Satu hari tu dia cakap, Abang selalu bayangkan muka hantu raya ni leper cam pinggan dan rambut dia kerinting.Aku gelak giler masa tu... tapi malam tu memang mimpi...kawan tu kalau datang selalu nya berjubah dan berselubung hitam dan tak nampak muka, tapi kali ni dia tanya aku , nak tahu ke macammana rupa aku? then dia ambik hulur satu lukisan kat aku...mamat dalam lukisan tu memang rupa dia cam orang dulu-dulu yang siap bertanjak dengan keris dipinggang.

okey la... since sekarang ni dah siang, boleh le aku citer... korang nak tahu tak berkenaan saka arwah Tuk aku ni.Saka dia ni berbentuk hantu raya. kalau korang nak tahu apa lagi bentuk2 saka ni tengok kat sini . Sebenarnya dragon ball ni ada 7 biji semuanya...ahaks...tak de la ...sebenarnya Hantu raya ni ada 3 ekor semuanya (betul ke penjodoh bilangan ni?). Aku sebenarnya tak boleh sebut nama-nama makhluk ni ....seremmmmm...lagipun ayah aku tak bagi sebut sebab ayah kata kalau sebut tu macam seru diorang. tapi kalau tulis oke la kot. Nama makhluk2 3 ekor ni ialah pendekar mata merah, pendekar mali abu dan pendekar raja fakir.Diorang dipanggil pendekar baju hitam oleh arwah tuk aku menurut ayah aku.Tujuan keturunan aku membela jin kafir ni ialah untuk kekuatan sebab moyang aku yang pertama membela ni adalah hulubalang istana.Menurut ayah aku juga..arwah tuk aku ni walaupun kecik saja badannya kalau bersilat takkan ada yang dapat jatuhkan dia...kuat giler. Ayah cerita malam bulan mengambang arwah tuk akan sediakan ancak untuk makhluk belaan dia ni berbentuk pulut kuning, kelapa muda dan ayam panggang. ancak ni akan diletakkan pada turus pagar. Ala kalau kita sekarang ni kat gate yang orang selalu letak lampu tu. Tapi di hujung usianya arwah tuk bertaubat dan berazam untuk membuang sakanya.Aku selalu berdoa arwah tuk mendapat penghabisan yang baik kerana beberapa tahun sebelum kematiannya dia telah meninggalkan segala amalan khurafat ini. Masa dia meninggal pun dia jatuh semasa sedang sembahyang isyak.cuma silapnya dia tidak mencari jalan yang betul untuk membuang sakanya hingga akhirnya saka tersebut mengganggu hidup ayah aku dan seterusnya adik kedua aku.Tapi kalau gangguan biasa seperti rasa bayang hitam tinggi datang dari belakang atau rasa cam nampak kelibat org tapi bila tengok x de orang,dan mimpi semua adik beradik aku kena.

Pada aku untuk mengelak saka ni dari menguasai hidup kita sebagai calon pewaris, benteng diri perlu diperteguhkan.Amalan wajib seharian seperti sembahyang lima waktu jangan sekali-kali diabaikan.Bomoh, dukun pawang dan semua tu cuma mengarut saja... jangan pulak kita nak mengelak dari satu syirik dan khurafat menyebabkan kita terjerumus ke jurang syirik yang lain.Apa yang ayah aku pesan semenjak kecil , bila hendak tidur pagarlah diri dengan 4 Qul, ayatul kursi dan Al-fatihah, jangan sekali-kali lalai dan memang aku amalkan semenjak tinggal di asrama dari form 1.Kebetulan pula, semasa penilaian darjah lima aku bernazar , kalau dapat 5A aku takkan tinggalkan sembahyang lagi.Jadi kalau ada sembahyang yang tertinggal kerana tertidur atau lupa aku akan seboleh-bolehnya qada sembayang tu.

Oleh kerana syaitan ini sentiasa mengambil peluang atas kelalaian diri kita, adik kedua aku menghadapi hidup yang sukar kerana di ganggu saka ini semenjak berumur 18 tahun lagi.Sakanya cuma dapat dibuang sepenuhnya selepas dia melahirkan anak pertama pada tahun 2004 , Alhamdulillah.

Tapi kan sebenarnya mimpi ni masih muncul dalam tidur aku hingga kini. Kali terakhir makhluk ni datang dalam mimpi menawarkan khidmat dia untuk jaga rumah aku ialah masa Deen pegi taiwan 3 bulan lepas. Berpeluh-peluh terjaga pukul 3 pagi, aku ambik wuduk, solat 2 rakaat dan baca yasin sampai subuh.Celaka betul setan ni... hahaha...

2 comments: