Exabytes beginner

Wednesday, September 1, 2010

The Bibik Manual

Hari Biasa
Awal Pagi
1. Bangun pukul 5 pagi.
2. masukkan kain dalam mesin basuh dan cuci
3. Sapu sampah, lap kabinet dan mop lantai dapur.Bersihkan bilik air bawah jika perlu.
4. Sapu sampah , mop lantai ruang tamu, lap kabinet TV. betulkan sofa. Lap coffee table.kemaskan rak buku.
5. Mandi dan sembahyang subuh. Jangan nak ponteng sembahyang nanti Allah murka tak selamat hidup dunia akhirat.
6. Siram pokok bunga
7. Jemur kain. Pastikan ampaian kat tempat teduh, nanti kalau hujan basah pulak
8. Sediakan Breakfast untuk anak-anak.
9. Ikut Anak-anak ke Nursery
Petang dan malam ( balik dari nursery)
1. Angkat kain dari ampaian. masukkan dalam bakul
2. Buka beg anak-anak, ambil pakaian kotor masukkan dalam bakul dan letak dekat dengan mesin basuh. Jangan basuh lagi . Tunggu pagi esok baru basuh.
3. Bawa naik beg anak-anak ke bilik.
4. Pegang baby sebab ibu mahu masak.
5. Lepas ibu masak,mandi, sembahyang maghrib. jangan ponteng solat.
6. Lepas semua makan malam, makan, lepas tu jangan lupa cuci pinggan.kemaskan dapur.
7. Sembahyang Isyak.
9. lipat baju dan gosok baju.
10. Bawa baju naik atas.Letak dalam almari anak-anak. letak baju ibu dan bapak kat penyidai depan bilik.
11. Kemas baju anak-anak untuk bawa ke nursery esok.
12. tidur.
Hari minggu.
Pagi
1. basuh baju, jemur baju dan siram pokok bunga.Sapu Halaman.
2. kalau ibu mahu masak atau keluar breakfast jaga baby.
3. lepas semua sudah turun ke bawah.Basuh bilik air anak-anak dan bilik air ibu.
4. sapu sampah,mop lantai bilik anak-anak. tukar cadar, lap tingkap dan lap barang2 dalam bilik.
5. sapu sampah, mop lantai, buang sampah dari tong sampah, tukar cadar, lap cabinet TV , lap tingkap
6. Bersihkan peti sejuk dan kemaskan dapur.
petang.
Rehat.
Ingat:
1. Jangan tinggal solat. Ingat Allah yang memberi rezeki untuk kita.
2. Ketuk bilik sebelum masuk bilik ibu.
3. jangan cakap kuat-kuat , jangan jerit-jerit walaupun pada anak-anak. kalau mahu tegur anak-anak cakap elok-elok
4. jangan suka membebel. Ingat awak datang untuk kerja. kerjalah dengan ikhlas.
5. Jangan ambil atau guna barang tanpa kebenaran. Tanya ibu dulu.
6. Jangan buang barang tanpa kebenaran
7. Bersihkan bilik sendiri. jangan biar bilik sendiri kotor.
8. Kalau perlukan apa-apa atau mahu beli apa-apa bagitahu ibu.

No comments:

Post a Comment