Exabytes beginner

Saturday, September 4, 2010

hari kuih raya

tahun ni kerana bibik telah lari dan aku ada biskut besar yg kena diuli selalu huhuhu...sekang ada atas ribaku dan aku tengah menaip sebelah tangan ni... so aku tak rancang nak buat kuih pun tapi back on popular demand oleh adikku aku kena buat juga 2 biskut ni. jadi aku istiharkan hari ni hari kuih raya... tapi dah azan zohor ni...tak start apa pun laie....
Biskut Dam
Sumber: Majalah Perempuan April 1997


Bahan-Bahan:
1 cawan marjerin
4 sudu besar susu pekat
1 cawan gula halus
3 mangkuk tepung gandum 2 sudu teh esen ros
1 sudu teh baking powder
2 biji telur ayam
Sedikit serbuk koko
Cara:
Kacau marjerin dengan gula. Masukkan telur. Masukkan esen ros, susu, baking powder dan kacau perlahan-lahan. Masukkan tepung dan gaulkan rata. Kemudian dibahagi dua, sebahagian diletakkan warna koko dan satu lagi warna kosong. Semasa dilapiskan, adunan itu sapukan sedikit putih telur. Kemudian barulah dipotong. Bakarlah sampai masak.


Tart nenas

Bahan-Bahan:
250gm Butter SCS
2 sudu besar susu pekat manis F&N
1 sudu besar minyak sapi ghee
sedikit garam halus
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
sedikit vanillin
500gm tepung gandum (atau kurangkan sedikit untuk kelembutan)
sedikit baking powder
4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit vanilla
sejuring limau nipis
daun pandan
Cara:
Pukul bersama butter, susu, minyak sapi, garam hingga sebati. Masukan telur dan vanillin pukul lagi akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Gaul hingga sebati dan lembut.
Jem Nenas:
Parut nenas dan jangan dibuang airnya. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan gula, vanilla dan limau nipis. Kacau tanpa henti hingga likat.

No comments:

Post a Comment