Exabytes beginner

Friday, February 15, 2013

perubatan Darul Syifa

kat sini saya nak share pengalaman menjalani  kaedah rawatan syifa yang telah dilakukan oleh sekumpulan pengamal perubatan darul syifa Lundang keatas keluarga saya. untuk yang tertanya2 apakah masalah keluarga saya boleh refer  pada post lama saya selangkan ke alam misteri: saka. 

cuti raya cina hari tu aku ambik kesempatan untuk contact balik cikgu samri dari darul syifa lundang , sebab kebetulan cuti panjang sikit. sebelum ni memang ada email and call kat dia mintak untuk buat rawatan rumah dan rawatan sekeluarga. cuma nak cari masa yang sesuai memang agak susah sikit sebab tahun lepas asal balik kampung je mesti ada apa2. adik tunang 2 kali, adik kawin dan 2 kali , yang lain tu raya la posa la.. takkan nak berubat time tu kot. so last weekend memang masa yang amat sesuai. Malangnya masa aku call tu cikgu kata boleh datang selasa malam. Alamak... frustnya sebab cadang nak balik penang selasa pagi sebab encik somi tak de cuti.. Tapi lepas tu Alhamdulillah dah tertulis rezeki cikgu and the team sanggup datang isnin malam tapi lambat sikit sebab ada majlis zikir katanya.

sebelum masa yang dijanjikan cikgu suruh sediakan 
1. garam kasar atau garam jantan. banyaknya bergantung kepada besar rumah. untuk rumah parent aku yang ruang tamunya 20X20 kaki + 20X20 kaki +5 bilik and dapur+ bilik air 20X20 kaki aku sediakan 5 kilo ( ada lebih dalam 1/2 kilo lagi lepas guna)
2. Lada hitam - sebab tak tau nak beli banyak mana aku beli 2 hengget
3. Air bertapis bukan air masak untuk air doa. banyaknya ikut suka aku sediakan 3 tong 10 liter ( hehehe banyak beb)
4. air paip biasa lebih kurang 1 baldi untuk sembur kat rumah

tu je... 

so malam yang dijanjikan mana2 adik2 aku yang berdekatan pun datang juga.actually rawatan ni secara specific untuk ayah aku saja but since ada salahnya join sekali. team datang agak lambat , call takde lin pulak tapi Alhamdulillah jumpa ditempat yang dijanjikan.

sampai di rumah dalam pukul 10 malam. first thing team and tuan rumah yang lelaki perform solat hajat. sebelum tu cikgu tanya apa hajat yang diminta. aku cakap nak ayah sembuh and semua keluarga terhidar dari gangguan syaitan dan mana2 yang ada pada kami kami taknak. Masa tengah zikir lepas solat hajat hujan turun selebatnya..Alhamdulilllah sebab antara masa yang di kabulkan doa ialah ketika hujan lebat. Selepas zikir dan doa , bacaan yassin pula, lepas tu zikir lagi. selepas zikir ustaz panggil semua ahli keluarga ( asal sahaja). kami diminta duduk melunjurkan kaki dalam barisan dan berpegangan tangan secara bersilang . kaki tutup ngan selimut kang nampak urat pulak... hehehe eh aurat...masa cara perubatan dengan ayat2 syifa dijlankan. susah jugak nak explain ye... dalam 20 ke 30 minit cam tu jugak. untuk yang expect pesakit akan menjerit atau mengamuk masa tu , itu tidak terjadi pada kami. 

cuma yang aku perasan masa cikgu letakkan tangan atas bahu aku and ustaz picit jari kaki ada rasa panas atas belikat tempat dimana aku mula2 dapat sakit belakang yang severe lepas jatuh main hoki kat uni masa umur 22 dalam 16 tahun lepas. tak tahu la pulak suratan atau kebetulan. sampai kini la kiranya aku duk menderita sakit belakang tu...pernah la ada sorang makcik tu kata ada saka kat belakang aku.

masa dia pegang kepala adik no 2 aku yang pernah dapat post partum depression (meroyan) adik aku kata tangannya bergegar. tengah2 berubat tu aku perasan ustaz dan cikgu focus pada ayah aku dan adik no aku ( pompuan). sebab dalam ayat 2 dia ada sebut ya IBLIS berkali2 masa pegang kaki mereka berdua tidak pada yang lain ( tak sure kot silap perasan). tetiba adik no 5 aku yang duduk sebelah aku bersuara dengan paniknya: ALONG!! ADA RASA BENDA BERGERAK KAT PEHA TAK? aku cakap takde pun.dia kata dia rasa ada benda bergerak kat peha dia.
gambar dari: http://darussyifabbst.blogspot.com/2011/09/rawatan-menggunakan-daun-bidara.html

okeh .. abis semua ustaz kata: yang ni kuat ,pada adik no 5 aku. ok semua boleh kebelakang kecuali 2 orang ni ( Ayah n adik no 5 aku). so depa jalankan rawatan untuk diorang berdua sekali lagi.lepas tu ustaz mintak tingkap setiap bilik dibuka lebih kurang selebar duit 50 sen ( hehehe what kind of measurement is that?) lepas  tu encik somi bawa ustaz masuk setiap bilik dan percikkan air doa tadi. cikgu and another 2 guys keluar rumah menabur garam dan lada hitam sekeliling rumah.

so selesailah perubatan malam tu . susulannya  cikgu berikan daun bidara untuk adik no 5 dan ayah aku untuk mandi selama 3 hari antara asar dan maghrib. caranya 7 helai daun bidara diramas dalam air dan gunakan air ramasan sebagai bilasan terakhir dan dibiarkan kering dibadan. air semburan rumah dan bilik tu kena buat another 2 malam lagi so total 3 malam semuanya. ustaz berpesan setiap malam sebelum tidur amalkan pagar diri dengan 3 Qul. dan air tadi  kena minum esp waktu pagi.

lepas tu ialah sessi memakan bihun goreng  yang aku goreng kalut2 almaklum la balik kampung ni busy sikit. mak seperti biasa bila datang penyakit tak confiden dia asyik cakap dia goreng tak sedap(taktik semua orang tak mao kena buat)

FYI perubatan darul syifa adalah percuma tapi pihak darul syifa tidak menolak sebarang sumbangan seikhlas hati. so kalau the 4 of them are willing to take the hassle datang tengah2 malam dari lundang dan menjalankan perubatan selama lebih kurang 2 jam kita la agak2 sendiri kan depend pada kemampuan kita.


segala penyakit ada ubatnya dan kita wajib berikhtiar. Moga Allah memberikan keberkatan kepada kita semua. AMIN




 cuma yang

No comments:

Post a Comment