Exabytes beginner

Thursday, April 11, 2013

Surah Al-kahfi ( gua) copy paste dari tafsir quran oleh professor dr h. Mahmud yunus


Renungkan kisah Ashabul kahfi( dipetik dari tafsir Quran  oleh professor datu H. Mahmud yunus)


ayat 6: Janganlah engkau membinasakan dirimu kerana dukacita lantaran mereka tidak mahu beriman kepada keterangan (Al-quran) ini.
keterangan ayat  6
Nabi Muhammad sangat berduka cita dan bersusah hati kerana orang-orang kafir tidak mahu beriman kepadanya dan kepada Al-Quran, seolah-olah berputus asa , tidak ubah seperti seorang lelaki yang ditinggalkan kekasihnya , sehingga ia mengeluh dan berduka cita.Perbezaannya , Nabi sangat cinta kepada umatnya yang akan tenggelam ke lembah neraka jahanam sedangkan lelaki yang ditinggalkan kekasihnya itu, kerana cinta kepada kekasihnya.


ayat 9-26
ayat 9:
janganlah kamu menyangka bahawa penghuni penghuni gua itu dan batu yang ditulis ( nama-nama ) mereka ( diatasnya) adalah suatu kejadian yang aneh ( tidak boleh Allah menciptakannya)
ayat 10:
(ingatlah) ketika beberapa orang pemuda mencari tempat perlindungan ke dalam gua lalu mereka berdoa, "Wahai Tuhan kami , berilah kami rahmatmu dan berilah kami petunjuk untuk menyelesaikan urusan kami ini (dengan baik)"
ayat 11:
Lalu kami tutup pendengaran mereka dalam gua itu beberapa tahun lamanya (selama 309 tahun qamariah sesuai dengan ayat 25 dari surah al-kahfi ini)
ayat 12:
kemudian kami bangunkan mereka agar kami ketahui siapakah diantara kedua golongan itu ( pemuda - pemuda itu sendiri dan orang lain yang tidak masuk gua) yang lebih tepat menghitung berapa lama mereka tinggal di gua itu.
ayat 13:
Kami ceritakan kepadamu (Nabi Muhammad) kisah mereka yang sebenarnya . sesungguhnya mereka adalah pemuda yang beriman kepada Tuhannya, Dan kami beri tambahan petunjuk kepada mereka.
ayat 14:
dan kami telah meneguhkan hati ( keimanan) mereka tatkala mereka berdiri ( dihadapan raja dikyanus yang kejam itu) lalu mereka berkata," Tuhan kami adalah Tuhan( yang menciptakan) langit dan bumi. kami sekali-kali tidak menyeru ( menyembah) Tuhan selain Dia.Sesungguhnya kami ( jika melakukan demikian) sudah mengucapkan perkataan yang jauh menyimpang dari kebenaran."
Ayat 15:
Kaum kami ini telah menjadikan ( menyembah) tuhan-tuhan yang selain selain Dia(Allah). kenapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan itu)? siapakan orang-orang yang lebih zalim daripada orang yang mengada-ngadakan pendustaan terhadap Allah?
ayat 16:
dan apabila kamu meninggalkan mereka( berpisah dari kaum kamu) dan apa yang mereka sembah selain Allah,maka berlindunglah didalam gua , nescaya Tuhan kamu akan melimpahkan rahmatNya kepada kamu dan menyediakan bagi kamu hal yang berguna dalam urusan kamu ini.
ayat 17:
Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit condong dari gua mereka kesebelah kanan dan apabila terbenam sianrnya disebelah kiri dan mereka berada ditempat yang lega ( tidak kena panas) didalam gua itu. Itulah tanda-tanda kebesaran Allah. Sesiapa yang diberi Allah petunjuk, maka nescaya ia akan mendapat petunjuk  itu dan sesiapa yang disesatkannya , maka ia tidak akan mendapat seorang penolong yang menunjukkan kepadanya.
ayat 18:
dan engkau menyangka mereka bangun, padahal mereka tidur. dan kami membalik-balikkan mereka kesebelah kanan dan kiri. Dan anjing mereka membujurkan kedua lengannya( kakinya) di muka gua.sekiranya engkau melihat (keadaan) mereka ( yag aneh itu), tentu engkau akan lari ketakutan.
ayat 19: tunggu ye .. tak sempat nak taip..

keterangan ayat 9-26
kisah penduduk gua
pada zaman dahulu ada tujuh pemuda yang berimah teguh kepada Allah. Raja negerinya bernama Daqyanus memaksa rakyatnya supaya menyembah berhala, tetapi pemuda-pemuda ini tidak mahu mengikut perintahnya. Lalu raja itu mengancam mereka , kalau tidak mahu menyembah berhala nescaya dihukum bunuh. Mereka teta[ berpegang teguh kepada agamanya dan tidak mahu menyembah berhala, meskipun akan dihukum bunuh. kemudia mereka berpakat untuk melarikan diri dari negeri itu dan bersembunyi disebuah gua yang agak jauh letaknya dari negeri itu.Di pertengahan jalan mereka diikuti oleh seekor anjing, lalu diusirnya, tetapi anjing itu terus mengikuti mereka.setelah sampai ke gua, mereka masuk kedalamnya sedangkan anjing itu menjaga dihadapan pintu gua.

disana mereka mengabdi kepada Allah, dan akhirnya mereka ditidurkan Allah dengan tidur yang nenyak sehingga tidak mendengar apa-apa. tinggallah mereka didalam gua itu selama bertahun-tahun lamanya , selama 309 tahun.

Raja Daqyanus yang dulunya ganas dan memaksa rakyatnya menyembah berhala, telahpun meninggal dunia dan diganti dengan raja-raja yang kemudiannya.Akhirnya negeri itu diperintah oleh seorang raja yang beriman kepada Allah dan berlaku adil terhadap rakyatnya.Pada masa itu berlaku perselisihan faham mengenai kebangkitan semula( hidup sesudah mati dan menerima balasan yang mahal adil dari Allah). Diantara mereka ada yang percaya dan beriman kepada Allah dan sebahagian mereka mengingkarinya.Lalu raja itu meminta kepada Allah, supaya menunjukkan kebenaran kepada rakyatnya. tidak lama kemudian , seorang pengembala kambing raja itu merobohkan penutup lubang gua tempat pemuda-pemuda yang tidur nyenyak itu untuk dijadikan kandang kambingnya. hingga terbangun ketujuh-tujuh mereka kesemuanya.

kata setengah mereka: "Berapa lama kita tidur di sini?" sahut seorang :"Sehari atau setengah hari." kata yang lain "Allah lebih mengetahui berapa lama kita tidur di sini." kemudian mereka utus salah seorang pergi ke kota negeri itu untuk membeli makanan dengan wang perak yang ada pada mereka dengan berkata:"pergilah belikan makanan yang lazat serta berlemah lembutlah, supaya jangan sampai orang lain  mengetahui keadaan kita di sini.jika mereka mengenal kita , tentu mereka akan merejam kita atau memaksa kita kembali memeluk agama mereka." setelah masuk kedalam kota , lalu dibelinya makanan untuk dibwa pulang ke dalam gua dan dibayarnya dengan wang perak keluaran ( buatan) raya daqyanus dahulu itu.Tatkala penjual makanan melihat wang itu, lalu dituduhnya pemuda itu mencuri wang simpanan raja dahulu kala, maka dibawanya pergi menghadap raja.

setelah raja melihat wang lama itu, maka ditanyakan dari mana dia mendapat wang itu. jawab pemuda itu," wang ini kami bawa dari kota ini, ketika kami melarikan diri kedalam gua, lantaran kami akan dibunuh oleh raja daqyanus, kerana kami tidak mahu menyembah berhala."

"Dimanakah gua itu ?" tanya raja. "Tempatnya di sana" kemudian pergilah raja bersama pembesar-pembesarnya melihat gua itu dengan di temani pemuda itu. Tatkala dilihat raja dan pembesar-pembesarnya akan keadaan tujuh orang pemuda itu serta seekor anjingnya, lalu mereka takjub dan hairan, kerana raja daqyanus itu sebenarnya telah lebih 300 tahun lamanya meninggal dunia. bererti mereka telah tertidur di dalam gua itu lebih 300 tahun lamanya. kemudian dapatlah mereka dalil dan keterangan , bahawa Allah berkuasa menghidupkan yang mati,untuk di balas dan diadili segala perbuatannya di dunia ini. Apabila Allah berkuasa menidurkan pemuda-pemuda itu lebih 300 tahun, kemudian dibangunkan kembali, tentu Allah berkuasa pula menghidupkan yang mati pada hari kiamat.

Kemudian pemuda-pemuda itu mengucapkan selamat tinggal kepada raja, lalu mereka kembali ketempat tidur masing-masing. ketika itu Allah mewafatkan mereka semuanya.Dengan hati yang sangat terharu , raja itu mengafani mereka dengan kainnya sendiri dan dimasukkan mereka kedalam tabut( peti), lalu dikuburkan disana , kemudian dibuatnya masjid dipintu gua itu sebagai tanda peringatan.

No comments:

Post a Comment