Exabytes beginner

Monday, September 22, 2014

Tip berkebun: Kotak semaian DIY

Assalamualaikum...hari ni nak share tip berkebun la pulak. Saya ni memang suka tanam pokok tapi malas siram. Kadang dua tiga hari sekali baru siram..kalau musim hujan memang seronok la..biar kain kat jemuran tak kering tak apa asal pokok segar dan ceria.

Yang tak bestnya kalau nak mula menyemai benih. Kalau tak siram memang alamatnya arwah la. So saya mereka cipta teknik tanpa siram ni untuk.menyemai benih...  Cheee wah merekacipta tu ... macam bagus sangat la tu.

Caranya senang je..saya guna bekas pastri terpakai sebagai kotak semaian saya.Kotak pastri ni selalu masa kita beli kek ke roti ke kat bakeri kita dapat free je... so ni kiranya menyelamatkan alam la jugak dengan recycle semula plastik yang mencemar alam ni sebagai kotak tanaman




Ni kotak pastrinya . yang ni dapat masa beli 6 bijik croisant kat Aeon big. 



Masukkan tanah dalam sebelah bahagiannya.  Tabur benih dan tutup dengan lidnya. Nak bagi tak terbuka boleh stapler atau selotepkan je. Letak kat tempat yang dapat sinaran matahari tapi tak terlalu panas sangat. Tak payah siram sebab proses pemeluwapan akan  berlaku dan wap air akan terhasil cukup untuk membekalkan air pada biji benih sepanjang pertumbuhannya.


Gambar atas biji benih bendi yang masuk hari ketiga. Dah bercambah semuanya kan..seronoknya. Sorry gambar blur blur sebab tangkap waktu pagi masa wap air banyak lagi. Nanti bila nak ubah ke tanah saya snap lagi sekali ye...

Pada yang malas malas siram pokok macam saya ... jom try...

selain daripada untuk orang orang yang malas menyiram kaedah ini juga dapat mengelak dari anak benih yang baru tumbuh patah atau tercabut akibat dari siraman yang kuat atau curahan air hujan yang kuat.Bawah ni gambar anak.bendi berusia 7 hari. selepas 7 hari baru saya buka sebab dah tingg dan boleh dialih ke tapak tanaman atau pasu.

No comments:

Post a Comment