Exabytes beginner

Friday, September 19, 2014

Tanggungjawab orang beriman

Surah Al-Anfal, ayat 2: إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

Antara tanggungjawab orang beriman ialah memperbanyakkan tilawah AlQuran dan memahami maknanya.Dari pembacaan Al-Quran kita boleh meneruskan pembacaan kita atas buku buku lain. Yang boleh memperkayakan ilmu kita.Cerita ustaz mengenai mengenai seorang pemandu teksi yang ada ijazah dalam bidang syariah. Dia memperuntukkan rm 1500 sebulan untuk pembacaan.

Al Quran ada jawapan untuk setiap pertanyaan kerana Al Quran adalah ibu kitab dan punca segala pengetahuan.Tadabur dan tilawah Quran akan terus mengembangkan pengetahuan kita.
Demikian juga dengan hadis. Dari satu ayat itu kita akan dapat dari pelbagai segi mengikut kesesuaian peranan kita dalam kehidupan. 

Contohnya hadis nabi nengenai solat. Rasulullah SAW bersabda:

الصَّلاَةُ مَثْنَى مَثْنَى تَشَهَّدُ فِي آُلِّ رَآْعَتَيْنِ وَتَخَشَّعُ وَتَضَرَّعُ وَتَمَسْكَنُ…… (رواه الترمذي)
“Solat itu dua-dua rakaat, terdapat tasyahhud pada setiap dua rakaat, kekhusyukan hati, bersungguh-sungguh memohon dan merendah diri serta ketenangan hati......” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Allah Ta‘ala berfirman:
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١﴾ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ ﴿٢﴾
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.” 
(Surah al-Mukminun, ayat 1-2)


Pakar psikologi dapat melihat dari sudut psikologi. Pakar tasawuf melihat dari sudut . Pakar kesihatan dari segi kesihatan . Contohnya seperti pakar-pakar yang mengkaji senaman dalam solat dalam buku mereka; Senaman dan regangan dalam solat

Pakar mendapati apabila kita tidur mengikut sunnah ( mengiring sebelah kanan) jantung akan tergantung menyebabkan kita senang bangun. Jadi ketika solat, dengan cara duduk tahiyyat akhir postur kita dibetulkan dengan duduk  meregangkan rusuk kiri.


Membaca AlQuran juga adalah masa peribadi kita untuk kita bersunyi sunyian dengan Allah. Tetapkan satu jadual waktu yang boleh kita patuhi untuk baca quran setiap hari. Cari waktu mengikut  kesesuaian kita.

Perumpamaan Allah terhadap orang yang cintakan dunia seperti anjing terjelir lidah.  Ketika tak dapat harta lidahnya terjelir  dan terjelir lidah juga bila dapat harta.

Orang yang beriman melihat dosa sepeti gunung menghempap, tetapi orang yang  fasik melihatnya seperti lalat atas hidung.


Hadis Nabi
Diriwayatkan oleh Abu Musa Al Asyaari, Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya;
Perumpamaan seorang mukmin yg membaca AlQuran seperti buah al-utrujjah(limau manis)  yg wangi dan sedap di makan. Orang mukmin  yg tak membaca AlQuran  seperti buah  kurma tiada  bau rasa manis. Orang munafik yang membaca Alquran seperti bunga raihanah yang  baunya wangi tetapi rasa pahit. Orang  munafik yang tidak  membaca AlQuran seperti buah  hanzolah yang rasanya pahit dan baunya  busuk.
Sahih Bukhari, Muslim dan  Nasae

Rasulullah SAW bersabda;
Bacalah kamu Al Quran kerana Quran akan datang dan akan memberi syaafaat pada hari kiamat

Orang yg membaca quran dan mahir akan bangkit bersama para nabi dan rasul. Orang yg tidak mahir tapi tetap membaca mendapat 2 pahala kerana berusaha membacanya.

Bilakah kali terakhir kita khatam Alquran beserta terjemahannya?

No comments:

Post a Comment