Petang tadi tiba-tiba lagu permata buat isteri nyanyian kumpulan kopratasa on air masa on the way back. Setiap kali dengar lagu tu Deen akan kata "Ni lagu abang untuk nor". Dari dulu masa mula-mula kawin sampai la sekarang dah dekat 9 tahun kami hidup bersama.Honestly i never bother about this lyric.Just now maybe the only time i really go deep into the song and try to understand it. It goes like this:
Permata Buat Isteri
(boleh dengar kat sini)
Telah ku siapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri
* :
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini
tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteri ku
yourtube clip untuk lagu ni kat :
http://www.youtube.com/watch?v=ScIpWPTOQX8&feature=related#
Adakah aku mampu menjadi apa yang diharapkan pada seorang lelaki yang sanggup mencintai segala kekurangan dan kelemahanku? Seorang yang menjadi ubat dan penawar untuk hidupku yang lara dan jiwaku yang parah.Rasa macam nak tanya deen, antara semua perangai-perangai buruk aku selama ini yang manakah paling menyakitkan hati dia. Tapi suara rasa tak boleh nak keluar. tersangkut kat tekak je. Abang if you read this, please let me know.....
Semoga Allah merahmati ketulusan hati kita untuk terus bersama selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment