Exabytes beginner

Wednesday, November 21, 2007

3 Puteri di hati mama


Masa ini baru je pindah kat umah ni.Syazwani kecik lagi masa ni... dalam 3 4 bulan baru pindah ni...lupa plak bila gambar ni di ambik tapi rasanya dalam bulan 3 atau 4 tahun 2006.

Kids ...always come with responsibility..diorang ni walaupun pompuan nakalnya ..memang boleh tahan. kalau setakat gril tu , tak yah heran...sampai atas sekali pun boleh panjat.Bila dah besar-besar sikit macam kakak tahan la sikit. Yang amat memenatkan bila Deen x de kat umah, outstation.Paling lama masa dia pegi US 3 minggu last year....kalau seminggu tu boleh le survive walaupun penat giler.rasa ghaplah jingga la kata org png, sebab bebudak ni bukan nak dengar cakap aku.Macam nak terkeluar anak tekak tapi diorang cool je, Tapi kalau ngan baba , berdehem pun jadi dah.


so minggu ni aku nak menyiapkan mental aku untuk menghadapi minggu depan. Deen kena pegi Taiwan seminggu, so seminggu le maknanya aku berperang dengan diorang.Sib baik cuti sekolah, tak yah le nak menghantar ke 3 tempat yang berbeza. at least jadi dua tempat je la.



Gambar kat rumah.Since mama tak pakai tudung kena la censored kepala dia...:)



the girls and baba while waiting for the Bee Movie


Makcik-makcik tengah bersembang sambil makan sirih (Alani, 6, Cha , 3, syazwani 1)

No comments:

Post a Comment