Exabytes beginner

Sunday, August 8, 2010

Nasi tomato saya

Semalam aku buat nasik tomato...versi aku la.. main campak2 jer.Tapi ok la... jadilah nasik tomato jugak... makan dengan ayam masak merah yang kurang pedas sebab kebanyakan isi rumah aku ni alergik pada pedas... pedas sikit pun dah terasa. tapi tak sempat nak snap picture sebab dimakan dengan cepatnya sebaik sahaja masak... hehehe... kena pulak hubby bakar ayam dan kambing. aku buat kerabu tomato to go with ayam panggang tu...jadi gambar nasik tomato dan ayam masak merah ni dipinjam dari sumber lain... tapi hasil yang aku buat tu pun kelihatan lebih kurang ngan gambar ni gak..ahaks..


nak sediakan nasik tomato aku ni mudah banget...

Bahannya

4 ulas bwang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1 kuntum bunga lawang
kulit kayu manis
bunga cengkih
buah pelaga
sedikit minyak untuk menumis
Mentega( kalau tak nak guna minyak dan nak guna mentega jer pun boleh juga)
sedikit susu sejat, agak2la nak lemak masuk banyak sket
tomato puri tinkecik yang RM1.60 tu
bawang goreng untuk hiasan
3 pot beras basmathi, beras biasa pun boleh la

caranya:

panaskan minyak dan masukkan mentega
tumiskan bawang, halia, bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga sampai naik baunya. Masukkan tomato puri dan susu sejat.kacau seketika dan matikan api.

beras tadi direndam lebih kurang 20-30 min. rendam dulu la sebelum masak. pastu toskan airnya.masukkan beras dalam rice cooker, tuangkan bahan yang ditumis tadi kedalam beras dan kacau hingga rata. Masukkan 3 pot air dan masak seperti biasa mcm masak nasik. cuma bila dekat2 nak kering tu buka dan kacau nasi tu untuk pastikan semua sekata. dah siap nasinya.

Ayam masak merah




bahan2nya
1. 5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dipotong halus, blend pun boleh , orang malas selalu hiris nipis2 jer..
2. sebiji bawang besar dimayang
3. seinci halia, dikisar atau dicincang
4. 2 sudu cili kering yang dikisar.
5. 2 sudu besar tomato puri
6. sebiji tomato dicincang halus.
7. sedikit susu sejat
8. 500g ayam
9. minyak untuk menumis

Goreng ayam hingga setengah masak pastu ketepikan. Tumis bawang, halia dan cili kisar hingga naik bau. Masukkan 2 cawan air. Masukkan tomato puri dan tomato yang dicincang halus.Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam empuk dan masak. setelah itu masukkan susu sejat , kecilkan api dan biarkan ia mereneh selama 5 minit. Perisakan dan boleh la di hidangkan.

No comments:

Post a Comment